Syed Saddiq akui tak mampu berlakon

in Hiburan by

Syed Saddiq akui tak mampu berlakon


BIARPUN Syed Saddiq kini bergelar YB dan juga merupakan Menteri Belia dan Sukan, namun kemunculannya dalam acara hiburan tetap menjadi buruan lensa.


Malah, segelintir netizen juga tidak menolak pemilik nama itu dikategorikan dalam kalangan selebriti.


Jika diimbas kembali, mantan jawatan terdahulu iaitu Khairy Jamaluddin juga pernah berjaya melakonkan watak sebagai penjual ayam percik menerusi filem pendek berjudul Inspektor Mastura.


Pun begitu, Syed Saddiq tetap merendah diri ketika diajukan soalan jika dia menerima tawaran untuk berlakon.


“Berlakon saya tak layak dan tak mampu, setakat muncul tak ada masalah,” luahnya dengan nada ketawa.


Syed Saddiq ditemui ketika menghadiri majlis perasmian Filem RISE Ini Kalilah di One Utama, Damansara Utama, pada Isnin.


Mengulas mengenai filem tersebut, beliau mengakui masih belum menonton namun percaya ia mempunyai kaitan dengan fenomena Pilihan Raya Umum ke-14 yang telah masyarakat lalui bersama baru-baru ini.


“Saya belum tengok lagi, tapi ia agak nostalgia kepada saya serta dapat memberikan sumber inspirasi kepada semua warganegara.


“Kita juga kena lihat kalau rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama mampu bersatu, mana-mana kerajaan termasuk kerajaan hari ini juga boleh dikalahkan kerana rakyatnya berkuasa dan tidak sesiapa boleh lupakan itu,” katanya yang menggemari filem Leftenan Adnan.


Ikuti juga temu bual bersama barisan pelakon utama di Facebook rasmi Sinar Harian.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]