Taufan Jebi melanda Jepun, Sharifah Amani selamat

in Hiburan by
Instagram Sharifah Amani

Taufan Jebi melanda Jepun, Sharifah Amani selamat


PELAKON Sharifah Amani menerusi sebuah akhbar mengesahkan dia dan rakan-rakannya dalam keadaan yang baik meskipun Taufan Jebi kini sedang melanda Jepun.


Amani yang kini berada di Jepun semenajk 28 Ogos lalu bagi menjalani latihan teater hasil usahasama tiga negara iaitu Jepun, Malaysia dan Indonesia, Beautiful Water.


Menurutnya lagi, lokasi mereka berada di Fujimi-Shi tidak terlibat dengan taufan tersebut, namun sekadar merasa angin yang sangat kencang.


Malah dia dan rakan-rakannya difahmkan Taufan Jebi lebih ke arah Osaka di mana lebih banyak kerosakan yang berlaku.


Bagaimanapun disebabkan perubahan cuaca, pelakon filem Sepet ini telah mengalami Vertigo atau pening kepala sehingga menyebabkan dia terpaksa berhenti berlatih buat seketika untuk berjumpa doktor.


Selain Amani, rakan pelakon lain yang turut bersamanya ialah  Iedil Putra, Jit Yang Tung, Thian Siew Kim dan pengarah teater, Jo Kukathas.


Taufan Jebi merupakan paling kuat pernah membadai Jepun dalam tempoh 25 tahun melanda negara matahari terbit itu sehingga menyebabkan lebih sejuta orang digesa supaya berpindah untuk berlindung.


Taufan yang membawa angin selaju 216 kilometer sejam itu melanda barat daya Jepun pada Selasa.

 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]