Tembok MCKIP akan diruntuhkan

in Nasional by


KUANTAN – Tembok Taman Perindustrian Malaysia China Kuantan (MCKIP) akan diruntuhkan daripada tiga meter kepada 1.8 meter sahaja.


Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dr Ong Kian Ming berkata, ia melibatkan binaan konkrit yang akan dikekalkan manakala sebahagian lagi dibina pagar jenis lut sinar.


“Rundingan bersama pihak MCKIP bersabit isu tembok itu mendapat kata sepakat untuk meruntuhkan sebahagian daripada binaan tembok sepanjang 9.2 kilometer di tanah seluas 710 ekar itu.


“Persetujuan ini menunjukkan sifat terbuka dan kerjasama baik daripada MCKIP selepas isu tembok konkrit setinggi tiga meter itu, menjadi salah faham rakyat di negara ini,” katanya pada sidang media di taman tersebut, hari ini.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]