‘Tray’ keselamatan lapangan terbang lubuk kuman

in Global by


WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Keputusan kajian terbaharu penyelidik Finland dan Britain mengesahkan separuh ‘tray’ keselamatan plastik di lapangan terbang membawa virus yang boleh menyebabkan jangkitan pernafasan.


Kajian diterbitkan minggu lalu dalam jurnal Penyakit Berjangkit BioMed menguji sampel permukaan bekas plastik di Lapangan Terbang Helsinki diambil pada tiga musim selesema puncak yang berlainan pada tahun 2015 dan 2016.


Empat daripada lapan sampel mengandungi rhinovirus atau adenovirus, di mana kedua-duanya menyebabkan gejala seperti badan terasa sejuk.


Penulis utama artikel itu menyimpulkan bahawa ‘tray’ imbasan adalah bahan paling biasa tercemar dan merupakan salah satu permukaan di lapangan terbang paling terdedah untuk menyebarkan virus bahaya kepada penumpang.


“Kami mendapati kesan kekerapan virus pernafasan tertinggi pada ‘tray’ plastik yang digunakan di kawasan pemeriksaan keselamatan untuk membawa masuk bagasi dan barangan peribadi.


Justeru, hasil kajian menunjukkan lapangan terbang boleh berfungsi sebagai zon risiko bagi ancaman virus yang menjadi kebimbangan utama seelpas wabak Sars pada 2002 dan Ebola empat tahun lalu. – Washington Post


 


 


Source: SH Global

[featured-video-plus]