Zakat agar LGBT bebaskan diri dari belenggu dosa

in Nasional by


SHAH ALAM – Pemberian zakat oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) adalah bertujuan untuk membebaskan golongan itu daripada belenggu dan cengkaman dosa.  


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, disebabkan itu golongan LGBT diletakkan di bawah al-Riqab yang pada asalnya membawa maksud pembebasan diri daripada perhambaan.


“Saya percaya bukan pihak LZS mahu beri zakat kepada golongan-golongan tersebut atas sebab keterlibatan dengan LGBT atau seumpamanya. Sebaliknya, untuk membebaskan mereka dari belenggu LGBT dan cengkaman dosa yang lain,” katanya menerusi Facebook miliknya hari ini.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Mufti Selangor anggap LBGT penyakit mental ]


Dalam pada itu, beliau berkata, usaha LZS itu merupakan satu usaha yang baik bahkan, boleh diletakkan di bawah dakwah fi sabilillah.


“Jangan kita salah faham. Walaupun itu isu di Negeri Selangor, saya percaya saya wajar membantu mereka dari disalahfahami oleh sesetengah pihak,” katanya.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]