Cheng Hoe hormati Taiwan

in Sukan by


KETUA Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui Taiwan bukan lawan mudah untuk skuad kebangsaan negara menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi persahabatan ‘A’ esok.


Bercakap dalam sidang media pra perlawanan, Cheng Hoe telah menyebut beberapa nama pemain Taiwan yang dianggap mampu menjadi aset skuad bola sepak negara itu atas prestasi yang ditunjukkan ketika aksi kelayakan Piala Asia baru-baru ini.


“Taiwan bukanlah negara yang mempunyai budaya bola sepak yang kuat, tetapi saya boleh katakan mereka ada beberapa pemain berkualiti yang boleh menjadi aset di masa akan datang.


“Saya menyaksikan perlawanan mereka baru-baru ini dan dapat melihat pemain-pemain mereka semakin meningkat, termasuklah penjaga gol mereka yang telah beraksi cemerlang.


“Apa pun, kami akan cuba memberikan yang terbaik pada aksi di tempat lawan ini walaupun ianya bukan mudah. Diharap kami dapat menghasilkan kemenangan sebagai motivasi berguna sebelum beraksi di Piala AFF,” katanya.


Dalam pada itu, kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha turut bertekad menghadiahkan kemenangan pada aksi persahabatan ini demi peminat bola sepak negara.


“Kami akan beraksi sebaik mungkin untuk memenangi perlawanan kerana perlawanan ini juga amat penting untuk kita.


“Walaupun bukan beraksi di laman sendiri, kami tetap mahu memberikan yang terbaik seolah-olah beraksi di hadapan penyokong sendiri,” katanya.


Aksi persahabatan itu akan berlangsung pada jam 7.00 malam esok di Stadium Perbandaran Taipei, Taipei City.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]