Gempa Hokkaido ragut lapan nyawa

in Global by


HOKKAIDO – JEPUN. Angka korban gempa berkekuatan 6.7 magnitud yang menggegar pulau Hokkaido awal pagi tadi dan turut mencetuskan insiden tanah runtuh kini mencecah lapan orang, sementara berpuluh lagi dilaporkan masih hilang.


[ARTIKEL BERKAITAN: Gempa bumi 6.7 magnitud landa Hokkaido]


Agensi berita NHK berkata, enam dari kematian tersebut direkodkan di perkampungan Atsuma yang merupakan antara kawasan paling teruk dilanda tanah runtuh susulan gempa berkenaan.


Media tempatan turut melaporkan, antara yang maut merupakan seorang warga emas berusia 82 tahun yang jatuh dari tangga di kediamannya ketika gempa berlaku, manakala sejumlah 130 mangsa pula mengalami cedera ringan.


Menurut jurucakap kerajaan, Yoshihide Suga, kira-kira 20,000 anggota penyelamat, termasuk polis dan kakitangan pasukan pertahanan awam terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat.


“Kami akan berusaha keras untuk menyelamatkan nyawa,” kata Perdana Menteri, Shinzo Abe yang turut mengumumkan penubuhan pusat operasi bagi memantau perkembangan bencana berkenaan.- AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]