Hina Sultan Johor

in Nasional by


JOHOR BAHRU – Umno Bahagian Pulai membuat laporan polis terhadap satu akaun Facebook yang didakwa mengeluarkan kenyataan biadab yang menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.


Laporan polis tersebut dibuat Ketua Wanita Umno Bahagian Pulai, Rokiah Hassan kira-kira jam 5.40 petang di Balai Polis Tampoi, di sini, hari ini


Rokiah berkata, kenyataan melalui akaun laman sosial Facebook terbabit disedarinya sekitar jam 12.30 tengahari ketika berada di pejabat Umno Bahagian Pulai.


“Saya terbaca satu posting di Facebook yang turut memuat naik gambar Sultan Johor dengan kenyataan biadab dan menghina.


“Saya mewakili Umno Bahagian Pulai dan juga anak jati Johor membuat laporan kerana sangat tidak berpuas hati terhadap individu tersebut kerana telah menghina DYMM Sultan Johor,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


Rokiah berkata, penghinaan seumpama itu memperlihatkan serangan terhadap institusi diraja dengan penyerang terbabit bersembunyi di sebalik laman sosial.


“Sultan Johor tidak patut diberikan penghinaan sebegitu kerana selama ini kita tahu Sultan Johor ialah sultan yang dekat dengan rakyat.


“Tuanku tetap berada bersama dengan kita. Kita sebagai rakyat Johor tetap akan taat setia kepada Sultan Johor. Ini adalah satu penghinaan yang tidak dapat kita terima,” katanya.


Menurutnya, Umno bahagian itu mahu polis menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pemilik akaun laman sosial terbabit.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]