Jamal bawa nasi lemak pula…

in Nasional by


PUTRAJAYA – Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang sinonim dengan perwatakan di luar jangkaan, kali ini beliau tampil dengan membawa sekotak nasi lemak bersama air mineral di pekarangan Jabatan Peguam Negara.


Menurutnya, nasi lemak itu untuk diagihkan kepada petugas media dan orang awan yang berada di sekitar.


“Saya belum makan lagi, jadi saya bawa sekali untuk semua,” katanya sambil menikmati nasi lemak daun pisang.


Terdahulu, Jamal bersama peguamnya, Datuk Imran Tamrin hadir menyerahkan sepucuk surat kepada Peguam Negara, Tommy Thomas untuk mengkaji dan menarik balik pertuduhan yang telah dikemukakan terhadapnya.


Beliau memuji sikap pemurah Tommy yang membebaskan beberapa individu termasuk Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng daripada pertuduhan.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]