Kesatu harap Dr Maszlee jadikan UIAM lebih cemerlang

in Nasional by


SHAH ALAM – Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu, International Islamic University Malaysia (Kesatu) merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai Presiden UiAM ke tujuh.


Presiden Kesatu, Mohd Yazid Ahmad berkata, warga kampus terutamanya ahli-ahli Kesatu merasa bangga dan gembira di atas pencapaian Dr Maszlee.


Menurutnya, pihaknya yakin UIAM di bawah pentadbiran dinamik Dr Maszlee bersama-sama dengan Rektor yang baru akan menjadikan UiAM lebih cemerlang dan disanjungi.


“Kami akan sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama dari pelbagai aspek demi kebaikan UiAM dan ummah.


“Semoga usaha kita semua diberkati ALLAH SWT,” katanya menerusi kenyataan akhbar, hari ini.


Kelmarin, Persatuan Staf Akademik UiAM mengucapkan tahniah kepada Maszlee atas pelantikan Dr Maszlee sebagai presiden universiti itu di halaman Facebook rasminya.


[ARTIKEL BERKAITAN: Lantikkan Dr Maszlee bukan bersifat jawatan eksekutif]


Semalam, Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UiAM (ASA IIUM), Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar berkata pelantikan Dr Maszlee sebagai Presiden UiAM bukanlah bersifat jawatan eksekutif sebaliknya ia cuma ‘ceremonial’.


Menurutnya, pihaknya memang menjangkakan akan berlakunya polemik berhubung pelantikan itu namun atas beberapa alasan, Maszlee perlu dilantik.


[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ini yang buat kami terkejut’]


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]