Najib juga harus diberi nasihat, tak dihukum kejam

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Umno menyindir pendirian kerajaan agar pesalah diberi nasihat dahulu sebelum dikenakan hukuman sebat.


Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, sekiranya itu yang mahu dipraktikkan kerajaan, maka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diberi nasihat terlebih dahulu sebelum dijatuhkan hukuman dalam kes 1MDB.


“Mungkin selepas ini Najib pun akan dilayan dengan lembut, tidak dihukum secara kejam. Mungkin diberi nasihat kerana kes 1MDB ini samar-samar dan kes pertama kali,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya, hari ini.


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan hukuman sebat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu terhadap pasangan kekasih lesbian (musahaqah) tidak mencerminkan keadilan dan timbang rasa oleh Islam.


Dr Mahathir berkata, ia adalah kesalahan pertama pasangan tersebut dan mereka sepatutnya diberikan nasihat serta tidak terus dijatuhkan hukuman sebat sehingga diketahui oleh seluruh negara.


Menurut Perdana Menteri, amat penting supaya kita menunjukkan agama Islam ini bukanlah agama  bengis yang suka menjatuhkan hukum-hukum berat mengaibkan orang.


Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh turut mencadangkan kerajaan PH  meminda dan menghapuskan semua hukuman rotan agar kerajaan tidak dilihat zalim, ‘barbaric’ dan bengis.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]