Penggal kepala sendiri selepas kalah permainan komputer

in Global by


TOMSK – RUSIA. – Seorang remaja berusia 15 tahun dikatakan memenggal kepalanya dengan gergaji gara-gara kalah dalam permainan komputer.


Dakwaan itu kini sedang disiasat pihak polis selepas mayat Pavel Mateev ditemui di kawasan rumahnya di Mogochino.


Menurut laporan media tempatan yang memetik sumber sebagai berkata, remaja terbabit ketagih dengan komputer yang dibeli ibunya untuk dirinya.


“Permainan itu yang membunuh mangsa. Dia menghabiskan berjam-jam di hadapan komputer,” jelas sumber tersebut.


Jawatankuasa Penyelidikan Rusia bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut mengenai kes jenayah yang diklasifikasikan sebagai bunuh diri itu.


Sebelum ini, Rusia pernah melaporkan beberapa kematian melibatkan kanak-kanak dan remaja akibat bermain permainan dalam talian. – The Sun


Source: SH Global

[featured-video-plus]