Pesawat Emirates dikuarantin ekoran penumpang jatuh sakit

in Global by


NEW YORK – AMERIKA SYARIKAT. Sebuah pesawat Emirates dari Dubai dikuarantin di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy (JFK) sejurus mendarat pagi ini setelah penumpang dilaporkan jatuh sakit ketika dalam penerbangan.


Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), pada awalnya kira-kira 100 penumpang termasuk anak kapal pesawat dua tingkat Airbus A388 yang membawa 521 penumpang itu mengadu sakit.


Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat yang bersiap sedia di lapangan setelah menerima aduan segera melakukan pemeriksaan ke atas semua penumpang penerbangan Emirates 203 dari Dubai ke New York itu sebaik ia mendarat pada jam 9 pagi waktu tempatan,  dan mengesahkan 10 penumpang dimasukkan ke hospital akibat mengalami pelbagai simptom seperti batuk, demam dan muntah.


Sementara itu, penumpang yang tidak terkesan dengan insiden tersebut dibenarkan meninggalkan pesawat, namun dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan sekiranya mengalami simptom sama.


Berpuluh kenderaan polis dan ambulans menunggu di luar pesawat sementara ia diperiksa oleh pihak berkuasa. – BBC


Source: SH Global

[featured-video-plus]