Umno tiada masalah hadir Muktamar Pas

in Nasional by


SHAH ALAM – Umno akan hadir ke Muktamar Pas di Terengganu minggu hadapan jika menerima jemputan.


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kesediaan Umno atas semangat kerjasama di bawah blok pembangkang.


“Kalau dijemput untuk hadir ke muktamar, kita akan hadir dan saya pun dimaklumkan oleh Timbalan Presiden Pas (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man) jika Pas dijemput ke Perhimpunan Agung Umno, Pas juga akan hadir.


“Jadi saya nak maklumkan Umno akan menjemput Pas, saya percaya Pas akan jemput Umno jadi saling hadir menghadiri mesyuarat nanti,” katanya dalam sidang media di Pejabat Pas Selangor, hari ini.


Beliau berkata demikian menjawab soalan kesediaan Umno untuk menghadiri Muktamar Pas.


Tambahnya, Umno akan membincangkan bentuk kerjasama dan hala tuju bersama Pas dalam mesyuarat tersebut.


Terdahulu, Tuan Ibrahim berkata, Pas sedang mempertimbangkan menghantar wakilnya selaku pemerhati pada PAU di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hujung bulan ini


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]