Zahid sahkan hadir Muktamar Pas

in Nasional by


PETALING JAYA  – Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan akan menghadiri Muktamar Pas Pusat minggu hadapan di Terengganu sebagai tanda sokongan moral.


Zahid berkata, beliau akan ke sana bersama sayap Umno  Wanita, Pemuda dan Puteri selepas menerima jemputan menghadiri Muktamar Pas


“Insya-ALLAH saya akan datang bersama pimpinan Umno sebagai sokongan moral kepada kepimpinan Pas.


“Ini adalah komitmen kita di bawah Umno baru yang akan bekerjasama dengan parti pembangkang lain,” katanya.


Beliau berkata demikian di hadapan 500 hadirin ketika Grand Finale Ceramah Mega Kesatuan Blok Pembangkang di PJS 8/9 Bandar Sunway, malam tadi.


Turut hadir Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan


Jelasnya, PRK adalah permulaan Tahalus Siyasi dan enggan isu kerjasama Pas-Umno dispekulasikan.


“Saya tak mahu sebarang spekulasi dibuat dan tak perlu bincang (kerjasama) sekarang. Insya-ALLAH Pas rakan setia dan Umno ikhlas bantu Pas di Seri Setia dan Sungai Kandis.


“Agenda kita sama duduk satu bumbung untuk depani segala permasalahan untuk menang banyak negeri sampai takluk Putrajaya pun boleh tanpa ketepikan mana-mana parti-parti.


“Biar rakan-rakan tak ramai janji setia hujan panas bersama,” katanya.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]