Banjir landa Sumatera Barat : Seorang maut, tiga cedera

in Global by


JAKARTA – INDONESIA. Sekurang-kurangnya seorang maut manakala tiga yang lain cedera selepas banjir kilat melanda wilayah Sumatera Barat, malam semalam.


Jurucakap agensi pengurusan bencana nasional, Sutopo Purwo Nugroho berkata, hujan lebat berterusan telah menenggelamkan beberapa perkampungan di daerah Solok pada jam 8.45 malam (waktu tempatan).


Banjir itu menjejaskan lebih 3,000 penduduk di beberapa daerah selain menghanyutkan bertan-tan stok padi.


“Anggota tentera dan polis bersama sukarelawan telah dikerah untuk membantu penduduk terjejas serta membuat penilaian risiko terhadap bencana alam tersebut,” ujarnya lagi. – Xinhua


Source: SH Global

[featured-video-plus]