Calon presiden Brazil ditikam ketika berkempen

in Global by


BRASILIA – BRAZIL . Calon utama Pilihan Raya Presiden Brazil, Jair Bolsonaro ditikam ketika beliau berkempen, semalam.


Ahli politik berhaluan kanan itu diserang di tengah-tengah orang ramai di negeri Minas Gerais.


Insiden menggemparkan itu menyebabkan Bolsonaro terpaksa menjalani pembedahan kerana kecederaan yang dialami pada ususnya.


Anak lelakinya, Flavio menerusi Twitter memaklumkan bapanya mengalami kecederaan serius.


“Beliau kehilangan banyak darah dan hampir meragut nyawanya. Keadaannya kini stabil. Tolong doakan bapa saya,” ujarnya menerusi blog mikro tersebut.


Sementara itu, pihak hospital mengesahkan ahli politik kontroversi itu mengalami luka agak dalam akibat tusukan pisau itu mengenai ususnya.


Difahamkan, komen Bolsonaro yang berunsur perkauman dan kecaman ke atas golongan homoseksual telah mencetuskan kemarahan banyak pihak.


Namun, keputusan tinjauan mendapati beliau bakal mendapat sokongan yang tinggi dalam pemilihan pada bulan depan jika bekas presiden, Lula da Silva gagal untukĀ  membatalkan larangan bertanding yang dikenakan ke atasnya. – Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]