Jangan halang mengundi

in Nasional by


PUTRAJAYA – Majikan khususnya di sektor swasta diingatkan untuk memberi pelepasan bekerja kepada kakitangan mereka untuk keluar mengundi sempena PRK Balakong dan Seri Setia esok.


Unit Komunikasi Korporat Kementerian Sumber Manusia memberitahu, memandangkan kedua-dua PRK terbabit jatuh pada hari Sabtu, di mana ada di kalangan kakitangan yang mungkin bekerja, majikan diingatkan supaya membenarkan mereka keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di kawasan berkenaan.


Menurutnya, hak tersebut diperuntukkan di bawah Seksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.


“Kita minta agar majkan sektor swasta mengambil langkah-langkah seperi memberi ‘time-off’ kepada pekerja yang mengundi di tempat pengundian berdekatan atau memberi hari kelepasan kepada pekerja yang bekerja berjauhan dengan tempat mengundi.


“Pekerja yang memerlukan lebih daripada satu hari untuk ke tempat mengundi boleh mengambil cuti tahunan dan majikan hendaklah merundingkan soal pemberian ‘time off’, hari kelepasan yang digantikan dan cuti tahunan dengan pekerja-pekerja berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.


Kenyataan sama menyebut, majikan tidak dibenarkan mengenakan penalti atau memotong gaji pekerja yang tidak hadir bekerja bagi tujuan tersebut.


“Mana-mana majikan yang tidak mematuhi peruntukan di bawah Seksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 boleh didakwa dan didenda RM5,000 atau penjara setahun jika sabit kesalahan,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]