Kerajaan tak mampu bayar pampasan

in Nasional by


SHAH ALAM – Kerajaan hari ini tidak mampu membayar pampasan sekiranya mengarahkan kerajaan negeri menghentikan kerja-kerja pembalakan.


Menteri Sumber Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata ada beberapa negeri bergantung sepenuhnya hasil pembalakan.


“Selangor memiliki 33 peratus hutan dan kita telah hentikan kerja pembalakan di seluruh negeri. Tapi Selangor boleh sebab nilai industri lain cukup untuk bawa Selangor maju tak perlu gantung kepada hutan


“Tapi Kelantan, Pahang dan Kedah bergantung kepada hasil pembalakan, hasil utama.


“Jadi kalau saya kata tak boleh ada pembalakan, mereka akan minta pampasan. Pada waktu sekarang kerajaan tak mampu bayar pampasan-pampasan,” katanya ketika


Bicara Minda Kita di Abad 21: Tak Selesai Lagi Isu Air? di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.


AKAN MENYUSUL


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]