Langkah pertama Halimey jika menang PRK

in Politik by


PETALING JAYA – Calon PH, Halimey Abu Bakar berkata, beliau akan memastikan pusat khidmat berfungsi dengan teratur sekiranya memenangi PRK Dun Seri Setia, esok.


Menurut Halimey, di samping itu beliau juga akan memberi penumpuan terhadap masalah kemiskinan bandar, ekonomi penduduk, infrastruktur dan kemudahan di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR).


“Perkara pertama saya akan pastikan pusat khidmat berfungsi dengan baik bagi memudahkan proses bertemu rakyat.


[ARTIKEL BERKAITAN: Halimey nafi guna agensi kerajaan]


“Dan penumpuan pastinya akan diberikan terhadap masalah kemiskinan bandar, ekonomi penduduk, PPR dan sebagainya,” katanya pada sidang media hari ini.


Halimey berkata demikian ketika ditanya media mengenai langkah pertama beliau sekiranya berjaya memenangi kerusi tersebut pada PRK Dun Seri Setia, esok.


Dalam perkembangan lain, Halimey memaklumkan bahawa beliau akanĀ  mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan, Kampung Desa Hormat sekitar jam 8.30 pagi.


“Saya akan mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan dan media bolehlah tanya (calon Pas) Dr Halimah Ali beliau akan mengundi di mana esok,” katanya.


Halimey berkata, sebagai anak jati di Seri Setia, beliau dapat merasai setiap denyut nadi dan kehendak masyarakat di Dun terbabit.


“Sebahagian besar pengundi Seri Setia merupakan saudara mara dan rakan saya manakala sebahagian lain pula merupakan kenalan ibu-bapa saya,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]