Lapangan terbang Kansai beroperasi semula

in Global by


TOKYO – JEPUN. Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai yang ditutup akibat Taufan Jebi menyambung semula operasinya hari ini.


Sebanyak 19 penerbangan domestik dijadualkan berlepas atau tiba di lapangan terbang ketiga terbesar yang terletak di Teluk Osaka itu.


Difahamkan, salah satu daripada dua landasan di lapangan terbang berkenaan digenangi air akibat Jebi yang membawa angin kencang dan hujan lebat.


Ia membadai barat Jepun awal minggu ini, sehingga menyebabkan banyak kerosakan harta benda serta kehilangan nyawa.


Menteri Pengangkutan, Keiichi Ishii memberitahu landasan yang terjejas akibat taufan berkenaan dijangka dibuka sekitar pertengahan bulan depan.


Media sebelum ini melaporkan beribu-ribu penumpang terperangkap dan terpaksa bermalam di fasiliti tersebut.


Sebahagian lapangan terbang itu telah dinaiki air.


Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai merupakan antara yang paling sibuk di Jepun. – Kyodo News


Source: SH Global

[featured-video-plus]