Undi anak muda isyarat kepada kerajaan

in Politik by


PETALING JAYA – Pengundi dalam kalangan anak muda diseru membuat pilihan betul dengan mengundi calon Pas, Dr Halimah Ali pada PRK Dun Seri Setia, esok.


Pengarah Strategi Dewan Pemuda Pas, Syahir Sulaiman berkata, undi golongan muda amat penting kerana ia isyarat dan peringatan kepada pemerintah.


“Atas tiga faktor penting bagi anak muda, pertamanya undi anak muda adalah sebagai isyarat penolakan terhadap kerajaan PH yang gagal melunaskan janji  dalam manifesto mereka.


“Selain itu, ia isyarat anak muda untuk memilih wakil rakyat yang berilmu, berkebajikan, berpengalaman seperti Dr Halimah Ali,” katanya ketika sidang media di Pejabat Pas Kawasan Petaling Jaya Selatan.


Menurutnya, bagaimanapun faktor paling penting adalah Dr Halimah boleh menjadi sumber inspirasi dan teladan kepada anak muda dan remaja di kawasan Dun Seri Setia.


“Saya berharap ramai pengundi Dun Seri Setia dapat menjalankan tanggungjawab dan hak mereka. Kita sedia maklum bahawa hujung minggu ini cuti yang panjang.


“Jadi kita mengharapkan seluruh pengundi termasuk yang berada di luar, untuk pulang bagi menjalankan  tanghungjawab mereka sebagai rakyat dan mengundi di Seri Setia,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]