'Ini hukum ALLAH'

in Nasional by


KOTA BHARU – Hukuman sebat terhadap dua wanita di Mahkamah Syariah Terengganu dilakukan mengikut perintahkan ALLAH dan sewajarnya tidak dipersoalkan.


Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata, beliau berpendapat hukuman yang diputuskan oleh mahkamah itu sudah melalui pertimbangan yang maksimum dan berperikemanusiaan sebelum kedua-dua wanita itu dihukum sedemikian.


“Hukuman dalam Islam ini adalah perintah daripada ALLAH, kita sedang laksanakan hukum ALLAH, jadi sudah tentu ada timbang rasa kerana ALLAH itu sendiri Ar Rahman Ar Rahim, yang pemurah dan penuh kasih sayang.


“Dalam kes di Terengganu sudah tentu dipertimbangkan sebaiknya, keadaan ketika mereka ditangkap mungkin sedikit berat yang menyebabkan hukuman sebat itu dikenakan, bukan tidak bertimbang rasa, tetapi dihukum begitu sebagai peringatan kepada pesalah dan orang lain,” katanya.


[ARTIKEL BERKAITAN: Sebat dua minit dah selesai]


[ARTIKEL BERKAITAN: Tingkatkan hukuman syariah sedia ada]


Beliau berkata demikian merujuk sesetengah pihak yang mempertikaikan pelaksanaan hukuman tersebut terhadap pesalah lesbian di negeri itu.


Tambahnya, sebatan yang dijalankan mengikut undang-undang sivil 100 kali lebih tidak berperikemanusiaan berbanding sebatan syariah.


“Sebat syariah lebih ringan, nak sebut fasal tidak berperikemanusiaan, sebat sivil itu mana perikemanusiaannya? Gantung tu elok ke? Hendak soal hukuman ALLAH, bandingkan dengan hukuman buatan manusia.


“Kalau tidak sebat macam tu, takkan nak lepaskan semua pesalah, jadi semua boleh lakukan kesalahan, buat apa saja. Kalau pesalah syariah nak lepas, kenapa tidak lepas pesalah sivil juga,” soalnya.


Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan kajian semula dibuat ke atas udang-undang syariah di setiap negeri supaya diselaraskan dari segi hukumannya.


“Peruntukan sedia ada sudah adil, tetapi lebih elok kiranya diselaraskan, kalau Terengganu boleh sebat lesbian, Kelantan pun sepatutnya boleh kenakan hukuman sebat juga terhadap wanita musahakah.


“Hukuman sedia ada boleh dipertingkatkan lagi, boleh buat sebab takzir, bukan hudud,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]