Ketibaan Mahathir diiringi laungan 'Hidup Tun'

in Nasional by


SHAH ALAM – Ketibaan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad di Stadium Malawati Shah Alam sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke 2 Parti Pribumi Berstau Malaysia 2018 diiringi laungan Hidup Tun.


Mahathir yang tiba pada jam 8.40 malam dibawa mengelilingi stadium terlebih dahulu dengan menaiki buggy sebelum mengambil tempat di pentas utama.


Beliau dijadualkan akan memberi ucapan sekitar jam 10 malam.


Januari tahun lalu, Stadium Malawati menjadi lokasi kepada pelancaran parti tersebut.


Dalam ucapan beliau sebelum ini, Mahathir menyatakan kewujudan Bersatu bertujuan untuk menggantikan sebuah parti politik usang.


Beliau mendakwa, Umno telah menjadi sebuah parti kleptokrasi.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu ganti parti yang sudah usang: Mahathir ]


Ulang tahun Bersatu kali ini pastinya lebih menarik apabila gabungan parti PH berjaya menumbangkan BN yang mentadbir negara selama 60 tahun.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]