Lawatan mengejut Menteri Pertahanan buahkan hasil

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan meluluskan peruntukan tambahan RM407,300 bagi menampung kos pembaikan lapan buah lif di Kuarters Desa Setia Wira, di sini sementara lapan lagi lif akan dibaiki menggunakan peruntukan Dasar Sedia Ada.


Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata pihaknya mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Halimi Abd Manaf dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.


“Mereka telah bersetuju menyalurkan peruntukan tambahan bagi tahun ini untuk menampung kos pembaikan lapan buah lif berkenaan.


“Daripada aduan diterima, saya telah melakukan lawatan mengejut ke kuarters Desa Setia Wira pada 4 September lepas dan mendapati 16 daripada 27 buah lif di blok penginapan berkenaan telah rosak,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Bila Menteri Pertahanan buat lawatan mengejut… ]


Selain itu, beliau juga difahamkan bahawa keadaan lebih sukar apabila berlaku masalah bekalan air yang memaksa mereka mengangkut air menggunakan tangga di kuarters itu.


Mohamad berkata beliau dan pihak kementerian akan cuba memastikan kebajikan setiap warga ATM sentiasa diutamakan walaupun dalam keadaan kekangan kewangan sekarang ini.- Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]