Sah, satu kerusi Parlimen untuk Anwar

in Politik by


PUTRAJAYA — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengesahkan satu kerusi Parlimen akan dikosong bagi memberi laluan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.


Dr Wan Azizah berkata bagaimanapun bila dan di mana kerusi terbabit akan dikosongkan untuk  Ketua Umum PKR itu tidak dapat diumumkan buat masa ini.


“Saya kira belum lagi diumumkan tetapi sudah pastikan mana. Insyaallah ada wakil rakyat kita yang telah menawarkan untuk mengosongkan tempatnya untuk membolehkan Datuk Seri Anwar bertanding,” katanya selepas melancarkan Kempen Yayasan Kebajikan Negara-Tabung Rakyat Palestin di sini hari ini.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Satu kerusi Parlimen untuk Anwar minggu depan ]


Malam tadi, calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan parti itu akan mengosongkan satu kerusi Parlimen minggu hadapan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding.


Katanya, rakyat Malaysia akan menyaksikan sendiri kekosongan kerusi berkenaan dan Anwar akan kembali semula ke Parlimen tidak lama lagi.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Tun M tak puas hati prestasi Kabinet ]


Ditanya mengenai kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tidak berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi barisan jemaah menteri hari ini, Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata itu adalah peringatan buat mereka untuk melaksanakan tugas  dengan lebih baik.


“Kita semua masih baharu dan kurang pengalaman dan untuk mengubah kerajaan yang berusia 61 tahun bukannya mudah. Kadang-kadang anda menghadapi beberapa perkara yang berlaku dalam  perkhidmatan awam dan kita perlu perbetulkannya dan melangkah ke hadapan… dengan syarat-syarat yang ditetapkan dan apa juga yang kami ambil alih tolong bersama-sama kami,” katanya. – Bernama


Source: SH Politik

[featured-video-plus]