'Suami isteri, BF GF' di Sukan Asia 2018

in Sukan by


WALAUPUN Sukan Asia 2018 yang berlangsung di Palembang, Indonesia sudahpun melabuhkan tirainya.


Selaku tuan rumah pula, Indonesia selain prestasi turut menjadi perhatian adalah kelibat atlet berpasangan…siapa mereka?


Aries Susanti – Muhammad Fajri Alfian


Aries Susanti berjaya meraih pingat emas bagi acara panjat dinding dalam Sukan Asia 2018.  Ternyata, Aries juga sudah bertunang secara rasmi  dengan Muhammad Fajri Alfian yang juga rakan pasukannya.


Uniknya, dalam kejuaraan dunia panjat dinding beberapa waktu lalu, keduanya sama-sama berjaya merebut pingat emas dan perak.  Kisah cinta mereka berdua bermula sewaku sama-sama mewakili Jawa Tengah dalam Pekan Olahraga Nasional.


Nandita Ayu – Aji Maulana


Pasangan ini merupakan atlet bola tampar yang sudah rasmi berpacaran selama tiga tahun. Mereka juga secara rasmi menikah pada oktober 2017.


Kisah mereka diperkatakan pada Sukan Asia Tenggara (SEA) 2017.  Dan pada sukan asia kali ini, keduanya sama-sama berganding bagi membela Indonesia. Selain itu, mereka juga sudah mengikat kontrak untuk tampil di Proliga 2018.

Nandita Ayu – Aji Maulana


Lindswell Kwok – Achmad Hulaefi


Kisah pasangan wushu ini sempat viral beberapa waktu lalu. Keduanya awalnya tidak mahu kisah mereka diketahui umum. Tapi, Lindswell Kwok dan Achmad Hulaefi akhirnya memilih untuk lebih terbuka pada media tidak terkecuali pada sukan asia kali ini.


Malah, pasangan ini masing-masing meraih pingat emas dan juga bagi kategori campuran.

Lindswell Kwok – Achmad Hulaefi


Made Sukariata – Maria Natalia Londa


Pasangan atlet lompat jauh , Made dan Maria diam-diam sudah merencanakan pernikahan mereka. Maria Londa sendiri meraih emas Sukan Asia 2014 Incheon di Korea bagi kategori dari lompat jauh.


Mengikut perancangan, pasangan ini dijangkakan menikah selepas sukan Asia 2018 Jakarta Palembang.

Made Sukariata – Maria Natalia Londa


Aiman Cahyadi – Yanthi Fuchianty


Aiman dan Yanthi merupakan atlet berbasikal.  Keduanya pertama kali bertemu dalam perjalanan ke Sukan SEA Singapura tahun 2015.  Keduanya memutuskan menikah pada 3 Januari 2015.


Kini, Aiman dan Yanthi sudah dikurniakan seorang putra.

Aiman Cahyadi – Yanthi Fuchianty


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]