Dua anak tiri CEO Cradle Fund ditahan

in Nasional by


SHAH ALAM – Dua anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan, ditahan polis semalam bagi membantu siasatan berhubung kes kematiannya.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengesahkan penahanan itu kira-kira jam 4 petang di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.


“Kita tahan dua remaja lelaki, berusia 14 dan 16 tahun petang semalam.


“Permohonan reman ke atas keduanya akan dibuat pagi ini di Mahkamah Majistret Petaling Jaya,” katanya hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: Polis nafi tahan dua anak tiri CEO Cradle Fund]


[ARTIKEL BERKAITAN:Kematian CEO Cradle: Isteri, bekas suami direman 7 hari]


[ARTIKEL BERKAITAN:Kematian CEO Cradle diklasifikasi kes bunuh]


Pada 14 Jun lalu, Nazrin dilapor meninggal dunia akibat terhidu asap selepas kebakaran akibat telefon bimbitnya yang sedang dicas meletup di tingkat atas kediamannya di Mutiara Damansara, Selangor.


Bagaimanapun pada 3 Ogos, polis mengklasifikasikan semula kematian Nazrin sebagai kes bunuh berikutan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menemukan kesan petrol di dalam bilik mangsa yang terbakar.


Susulan itu, isteri Nazrin dan bekas suaminya telah direman tujuh hari mulai Selasa lepas bagi membantu siasatan.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]