Kaedah analisis terbaharu kenal pasti mangsa 11 September

in Global by


NEW YORK – AMERIKA SYARIKAT. Teknik terbaharu analisis asid deoksiribonukleik (DNA) kini digunakan untuk mengenal pasti lebih ramai mangsa serangan World Trade Center, pada 11 September 2001.


Dari sejumlah 2,753 mangsa tragedi pesawat melanggar menara berkembar itu, lebih 1,000 orang mangsa masih belum dapat dikenal pasti, sekali gus meninggalkan kesan emosi mendalam pada waris mangsa.


Perkembangan itu diumumkan ketua sekumpulan saintis New York yang turut berkata, teknologi baharu itu baru-baru ini mampu mengesahkan identiti seorang mangsa yang  merupakan pekerja bahagian kewangan, Scott Michael Johnson, 26 tahun, yang bertugas di aras 89, di menara selatan bangunan itu.


Para penyiasat kini berhasil mendapatkan keputusan yang dikehendaki menerusi pemeriksaan semula ke atas serpihan tulang yang selama ini gagal memberi sebarang petunjuk.


“Ia dari sampel yang telahpun kami buat pemeriksaan sebelum ini,” ujar ketua makmal, Mark Desire.


Kaedah baharu yang digelar ‘World Trade Center Protocol’ itu telah dimanfaatkan untuk mengenal pasti mangsa kemalangan kereta api dan kapal terbang serta serangan pengganas di Argentina, Kanada, Afrika Selatan dan banyak lagi. – Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]