Najib terus pertahan isu dana parti

in Politik by


SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara berterusan mempertahankan diri dalam isu dana parti.


Katanya, lanjutan daripada hantaran Facebook tengah hari tadi, beliau pada petang ini memuatnaik satu rakaman suara pada mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Umno yang berlangsung pada 9 September 2015 sebagai menjawab pertanyaan pihak yang masih bertanyakan adakah benar dana parti diuruskan presiden sendiri.


Menurutnya, seorang pemimpin tertinggi Umno mengesahkan bahawa amalan dana khas diuruskan sendiri oleh presiden sejak dari dahulu lagi.


Berdasarkan pengamatan Sinar Harian, suara tersebut mirip bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Berikut adalah rakaman suara berdurasi 1 minit 3 saat itu:


“Bila ada isu komplot, untuk menjatuhkan kerajaan, saya tidak terlibat walaupun ada usaha dibuat beberapa pihak untuk datang jemput saya bersama-sama, saya kata no I am not part of this and thank you for your statment to say tidak terlibat dalam soal itu.


Saya tahu siapa yang terlibat, saya tahu apa mereka nak buat. Bukan kata nak menumbangkan kerajaan (tapi) nak tukar perdana menteri, itupun saya tidak terlibat dalam soal itu.


Ini Datuk Timbalan Perdana Menteri sebagai Menteri Dalam Negeri mesti ada maklumat daripada SB (cawangan khas) dan sebagainya.


Saya tahulah itu sistem kerajaan kita bukti yang saya tidak ada buat begitu. Sebab saya tahu apa yang saya harus lakukan dan saya harus bertanggtungjawab tentang apa yang saya lakukan.


Kalau Datuk Seri ingat saya pun tidak pernah soalkan, I never ask. Saya jadi Timbalan Presiden (Umno) tahun 2009 sampai sekarang tapi tak pernah persoal tentang dana khas ini sebab saya tahu sejak dahulu dana khas ini adalah dana yang diuruskan oleh presiden sendiri,” katanya.

 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]