Fitnah isu sebat perkara serius: Raja Bahrin

in Nasional by


KUALA TERENGGANU – Pakatan Harapan (PH) Terengganu menentang keras amalan politik kebencian sehingga terdapat pihak tidak bertanggungjawab  berani menimbulkan kekeliruan dengan menabur pelbagai fitnah kepada parti itu sejak kebelakangan ini.


Pengerusinya, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, beliau memandang serius perkara itu dan berharap individu yang bertanggungjawab diambil tindakan sewajarnya.


Menurutnya, beliau percaya fitnah yang dibuat adalah terancang kerana ia berlaku dalam waktu yang singkat dan berkait rapat dengan isu yang berlaku di negeri Terengganu khasnya hukuman sebat.


“Kali pertama, PH difitnah pada hari berlangsungnya hukuman sebat ke atas pasangan lesbian di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, apabila satu notis diedarkan kononnya dari urus setia PH di mana notis terbabit bertulis bahawa PH mahu hukuman itu ditarik balik.


[ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan lesbian dihukum sebat depan khalayak]


“Ekoran notis itu, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun oleh Setiausaha Amanah Terengganu di sana pada 5 September, dan sekali lagi gambar laporan polis yang dimuatnaik dalam Facebook Amanah dimanipulasi individu tidak bertanggungjawab dengan menyatakan, PH membuat laporan polis kerana hukuman sebat terbabit, sedangkan semua itu tidak benar sama sekali,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.


Raja Bahrin berkata, mana mungkin PH menentang hukuman itu kerana ia undang-undang syariah bagi negeri Terengganu dan mereka menghormati pelaksanaan terbabit.


Beliau percaya, perancangan amat rapi dan tersusun oleh pihak tertentu itu bertujuan menimbulkan kemarahan rakyat kepada PH.


“Saya percaya selepas 60 tahun rakyat berada di bawah kerajaan dahulu, mereka sangat bijak memilih,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]