Najib sedia ‘perisai’ sebelum difitnah

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuat naik satu klip video sebagai langkah persediaan sebelum dirinya difitnah oleh individu tertentu.


Video berdurasi 17 saat itu memperlihatkan Najib ketika berada di sebuah restoran menjual pau terkenal di Tanjung Malim, Perak didatangi tiga wanita yang ingin bergambar bersamanya.


“Ada rakan-rakan menasihat saya untuk segera memuatnaik video ini sebelum gambar diambil dari video ini di ‘crop’ dan diedit untuk memfitnah saya lagi di atas sebab-sebab tertentu.


“Video dirakamkan di kedai pau di Tanjung Malim siang tadi (semalam),” katanya di Facebook miliknya, semalam.


Najib sebelum itu hadir di Tangjung Malim bagi memenuhi jemputan perkahwinan anak kepada Adun Slim dan Ketua Bahagian Umno Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.


Selepas majlis itu, Najib meluangkan masa di restoran berkenaan dan pelanggan di situ mengambil peluang merakam gambar bersama bekas perdana menteri keenam itu.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]