SKMM nafi pantau laman media dan emel

in Nasional by


CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyangkal dakwaan agensi tersebut melakukan pemantauan secara besar-besaran ke atas mana-mana laman media sosial dan emel.


Pemangku pengerusinya, Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor berkata, sebarang siasatan ke atas kenyataan di laman media sosial dan tindakan penguatkuasaan diambil selepas mendapat aduan atau diminta oleh agensi penguatkuasaan undang-undang.  


“SKMM tidak melaksanakan pemantauan secara besar-besaran ke atas mana-mana laman media sosial atau emel.


”Kerajaan mendukung hak kebebasan bersuara dan privasi berdasarkan undang-undang dan SKMM akan bertindak jika ada pelanggaran undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN : Kerajaan nafi kenyataan TMJ]


[ARTIKEL BERKAITAN : Sultan Johor, TMJ sedang diperhatikan?]


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]