PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

September 2018 - page 3

Kanak-kanak kejar dua ekor anjing tular di media sosial

in Viral by


KUALA LUMPUR – Keberanian seorang kanak-kanak mengejar dua ekor anjing mencuit hati netizen dan tular di media sosial.


Video klip berdurasi 0.39 saat itu telah meraih 1.35 juta tontonan, 7,000 ciapan dan 3, 198 tanda suka di Twitter @azimdisini.


Menerusi klip itu, kanak-kanak lelaki berkenaan sedang menunggang basikal sendirian di sebuah taman perumahan namun telah dikejar oleh dua ekor anjing.


Namun apa yang mengagumkan, kanak-kanak itu memberhentikan basikalnya lalu bertindak mengejar kembali anjing itu.


Keberanian kanak-kanak itu nyata menarik perhatian netizen yang rata-rata memuji tindakannya meskipun masih kecil.


Kebiasaanya didengari, manusia sering dikejar anjing namun apabila menonton video tersebut, melihat kelucuan, teletah kanak-kanak itu mengejar anjing nyata berbeza.


Source: SH Viral

[featured-video-plus]

Pindah kedutaan ke Baitulmaqdis, Palestin saman AS

in Global by


NEW YORK – AMERIKA SYARIKAT. Palestin telah memfailkan saman terhadap Washington berhubung keputusannya memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.


Pada Jumaat, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) merujuk kenyataan Palestin mendapati pemindahan tersebut melanggar Konvensyen Vienna terhadap Hubungan Diplomatik 1961.


Dalam permohonan itu, Palestin berpendapat perjanjian itu menetapkan kedutaan mesti dibuka di wilayah negara penerima dan ‘status khas Baitulmaqdis’ bermakna AS melanggar kewajipan antarabangsa apabila ia bertindak sedemikian.


Susulan itu, Palestin meminta ICJ mengisytiharkan tindakan itu sebagai melanggar undang-undang dan turut mengarahkan Washington memindahkan semula premis itu dari Kota Lama terbabit.


Kelmarin, Menteri Luar Palestin, Riyad al-Malki berkata, aduan itu sejajar dengan dasar negara Palestin yang bertujuan untuk mengekalkan status kota suci Baitulmaqdis.


“Kami mempertahankan hak kami tanpa teragak-agak dan menolak segala bentuk pemerasan politik serta kewangan,” lapor agensi berita Wafa memetik kenyataannya.


Keputusan kontroversi Presiden Donald Trump pada Disember lalu telah mencetuskan bantahan kerana dikhuatiri akan menjejaskan penyelesaian dua negara.


Sebelum ini, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menegaskan beliau bersedia untuk memfailkan tuntutan undang-undang kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang secara efektif berfungsi sebagai tribunal jenayah perang dan ICJ berhubung dasar AS.


Selain isu pemindahan kedutaan, Abbas juga menyatakan beliau akan memfailkan saman atas keputusan Washington menyekat dana untuk Agensi Kerja dan Bantuan PBB Untuk Pelarian Palestin (UNRWA). – Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]

PBS bentuk 'Gabungan Bersatu' tanpa Umno

in Edisi Sabah Sarawak by


LABUAN – Parti Bersatu Sabah (PBS) meneruskan usaha untuk membentuk gabungan pembangkang yang baharu, dikenali sebagai “Gabungan Bersatu”’ bagi mewakili dan memperjuangkan hak-hak Sabah dan Sarawak tanpa Umno.


Timbalan presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata gabungan itu juga terdiri daripada ahli Parlimen dan Adun yang berstatus bebas dari kedua-dua negeri.


Beliau berkata ini dicapai kerana kesepakatan sebelumnya dengan Umno untuk membentuk pakatan terdiri daripada PBS, Umno dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) tidak menjadi kenyataan kerana Umno belum mencapai sebarang keputusan mengenai perkara itu.


“Saya dimaklumkan bahawa kepimpinan Umno masih memberi perhatian terhadap cadangan untuk menyertai pakatan itu kerana perlu mendapat restu daripada kepimpinan pusat…kecuali mereka (ahli Parlimen dan Adun) meninggalkan Umno, maka barulah mereka boleh (secara bebas) menyertai pakatan tersebut.


“Bagaimanapun,  saya juga dimaklumkan bahawa mereka juga memohon autonomi, yang sangat tidak jelas…apakah yang dimaksudkan dengan autonomi dan sejauh mana autonomi itu?


“Namun, berdasarkan maklum balas dari akar umbi, kami berpendapat bahawa selagi Umno bersama kami,, gabungan itu tidak akan bertahan lama,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan agung tahunan PBS Labuan di sini hari ini.


Dr Maximus berkata agenda utama gabungan itu adalah mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan soal penurunan kuasa.


“Walaupun pendirian Umno yang tidak pasti, kami akan terus bekerjasama demi kepentingan rakyat dan negeri terutama di parlimen,” kata beliau.


Dr Maximus juga tidak menolak kemungkinan bekas Menteri Luar dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman menyertai gabungan itu di tengah-tengah laporan baru-baru ini yang mendakwa bahawa beliau sedang menimbang untuk menjadikan Pakatan Harapan sebagai pentas politiknya yang baharu.


“Saya bertemu dengan beliau dua hari lepas dan menawarkan kepadanya untuk menyertai gabungan Sabah dan Sarawak. Saya optimistik jika Anifah menyertai pakatan itu, gabungan tersebut akan berkembang, tetapi kita perlu menunggu beliau membuat pengumuman,” katanya. -Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]

Budak 13 tahun, diserang jerung

in Global by


CALIFORNIA – AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak 13 tahun cedera parah selepas diserang jerung sepanjang 3.3 meter di perairan Selatan California.


Memetik portal Independent, orang ramai terdengar jeritan kanak-kanak itu bergegas menyelamatkan mangsa.


“Saya kena gigit!…saya kena gigit!,” katanya sambil berenang ke pesisiran pantai.


Mangsa telah dikejarkan ke hospital dan sembilan jam kemudian dilaporkan berada dalam keadaan kritikal namun stabil.


Menurut jurucakap dari Hospital Kanak-kanak Rady, mangsa belum dikenali pasti identiti itu mengalami kecederaan parah di kaki dan masih trauma.


Salah seorang saksi yang membantu menyelamatkan mangsa, Chad Hammel, berkata, mereka terdengar jeritan budak tersebut dan mula mendayung ke arahnya.


“Saya ternampak warna merah membanjiri laut, jerung itu berjaya menggigit kanak-kanak itu tetapi kami berjaya menyelamatkannya dan di bawa ke atas kapal sebelum bergegas ke hospital.


“Bagaimanapun, kami masih belum mengenalpasti spesis jerung tersebut,” katanya.


Source: SH Global

[featured-video-plus]

Presiden Turki rasmi masjid terbesar di Eropah

in Global by


BERLIN – JERMAN.  Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menamatkan lawatan selama tiga hari ke Jerman dengan merasmikan pembukaan masjid terbesar di Eropah, semalam.


Menurut beliau, masjid di Cologne itu berdiri sebagai simbol keamanan dan beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana tetap meneruskan pembinaannya walaupun berdepan bantahan.


Kunjungan beliau ke bandar yang didiami komuniti terbesar Turki turut dikawal rapi oleh pihak berkuasa.


“Kita perlu mengetepikan perbezaan dan memberi tumpuan kepada kepentingan bersama,” katanya.


Terdahulu, rancangan untuk membenarkan sehingga 25,000 individu berkumpul di dalam masjid itu terpaksa dibatalkan pihak berkuasa perbandaran atas faktor keselamatan.


Difahamkan, Masjid Pusat Cologne itu dibina oleh pertubuhan Islam yang mempunyai hubungan rapat dengan Turki. – BBC


Source: SH Global

[featured-video-plus]

Perlu wujudkan undang-undang kawal ucapan

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata ada keperluan agar undang-undang bagi mengawal selia ucapan berbentuk kebencian diwujudkan di negara ini.


Beliau berkata undang-undang itu juga harus memastikan capaian merentasi sempadan yang lebih cekap dan berkesan bagi mempermudah tindakan terhadap mereka  yang melakukan kesalahan sedemikian di luar negara.


Merujuk kepada kenyataan mengenai serban yang ditujukan kepada  Ketua Jabatan  Siasatan  Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh oleh seorang penulis blog, menteri itu berkata kenyataan tersebut merupakan serangan yang tidak wajar ke atas Amar Singh dan komuniti Sikh.


“Kenyataan itu perlu dikecam sekeras-kerasnya. Ia melanggar nilai paling asas yang kita rakyat Malaysia harus pertahankan iaitu saling menghormati,” katanya dalam catatan Facebook terkini, hari ini.


Beliau juga berkata rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa dan agama, justeru serangan sedemikian harus dicegah.


Kenyataan itu adalah contoh isu yang mewajarkan penggubalan undang-undang bagi mengawal selia  ucapan berunsur kebencian, katanya. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Remaja 14 tahun jadi wali dua kakak

in Edisi by


MELAKA – Matang dari usianya, seorang remaja berusia 14 tahun melakar sejarah tersendiri apabila berani memikul amanah mewalikan dua kakaknya di sini.


Muhammad Amierul Adlie sentiasa mengingati pesanan yang ditinggalkan oleh arwah bapanya, Basiran Ali agar mengambil alih tugas menjaga keluarganya.


Anak tunggal lelaki dari lima beradik itu lancar menikahkan dua orang kakak kesayangan dalam dua majlis berbeza bulan ini.


Memetik Facebook Mohd Syukri Madnor, majlis pernikahan dua orang kakaknya telah dirancang sebelum bapa Amierul meninggal dunia pada 28 Ogos akibat kanser.


Meskipun menerima berita sedih atas pemergian bapa tersayang, perkahwinan perlu diteruskan dan keluarga itu merujuk dengan Pejabat Agama Islam di Melaka.


“Pejabat agama bertanya sama ada keluarga ini ada adik lelaki atau tidak?.


“Kami beritahu ada, berusia 14 tahun. Apabila diberitahu dia sudah cukup syarat utama, jadi kami putuskan Amierul akan menjadi wali pernikahan kakak-kakaknya,” katanya juga saudara rapat kepada keluarga Amierul.


Sebelum itu, keluarga Amierul telah memutuskan hanya berwalikan kepada jurunikah tetapi Amierul yakin dirinya mampu menggalas tugas tersebut.


“Saya amat berbangga dengan Amierul yang menunjukkan sifat matangnya itu.


“Amierul menjadi wali buat kali pertama untuk kakak ketiganya (Nur Aina Nabihah Basiran) pada 22 September lalu.

Muhammad Amierul (tengah) diapit dua kakak dan dua abang iparnya dalam majlis resepsi.


“Sehari sebelum majlis, dia telah berlatih bagi melancarkan majlis akad. Walaupun pada mulanya agak gugup, dia telah melakukannya dengan baik,” katanya juga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).


Semalam, Amierul sekali lagi menjadi wali untuk pernikahan kakak keduanya, Nur Amirah Basirandi di masjid yang sama iaitu Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj, Bukit Beruang, Melaka.


“Perjalanan majlis berjalan lancar, dia semakin matang dan rata-rata tetamu yang hadir turut memujii sikapnya kerana berjaya melaksanakan amanah dengan sempurna,” katanya.


Dalam pada itu, ibu Amierul, Rosiah Othman memberitahu dia melahirkan rasa syukur kerana kedua-dua majlis perkahwinan berjalan lancar.


“Saya berasa sebak, terharu, malah gembira kerana Amierul sedia memikul tanggungjawab sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga setelah pemergian bapanya.


“Saya masih dalam tempoh edah dan tidak berada di kedua-dua majlis. Tetapi saya tahu, Amierul telah melaksanakan amanat bapanya dengan baik,” katanya.


Rosiah juga ada bertanyakan kepada Amierul tentang keputusan mewalikan kedua kakaknya dan dia yakin menjawab ‘ya betul’.


Selain menjadi wali, pelajar Maktab Rendah Sains Mara, Muar, Johor turut memandikan dan sembahyangkan jenazah bapanya pada Ogos.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]

Nora Danish botak?

in Hiburan by

Nora Danish botak?


PELAKON Nora Danish mengejutkan peminat apabila memuat naik gambarnya dengan imej berkepala botak di Instagramnya.


Memetik laporan Mstar, Nora memberitahu, dia sekadar melakonkan watak seorang wanita menderita kanser rahim.


“Saya Eva, ada kanser rahim tahap empat, saya reda dan beruntung mempunyai suami yang sangat penyayang, tapi saya tak nak dia terus begini, saya tak nak menyusahkan dia,” katanya tentang watak tersebut.


Nora berpenampilan sedemikian bagi menjayakan wakat Eva dalam telefilem Hingga Jumpa Lagi terbitan KL Montion Picture hasil sentuhan jurusolek artis Sherry Alauddin.


Meskipun penampilan botak, rata-rata pengikutnya memuji Nora masih kelihatan cantik dan anggun.


Malah, ada juga rakan artis yang sempat meninggalkan komen memuji penampilan aktres berusia 36 tahun ini.


Kata Siti Sarah Raissudin, awak ini buat apa pun cantik.


Manakala Elvina Mohamad memberitahu, awak masih cantik meskipun botak.


Ketika artikel ini disiarkan, foto yang dimuat naik itu menerima lebih 68,000 tanda suka dan menerima hampir 900 maklum balas dari peminat.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]

Bekas Adun Tahan meninggal dunia di Sri Lanka

in Edisi by


JERANTUT – Bekas Adun Tahan Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Sri Lanka petang tadi.


Wan Amizan, 46, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Colombo, Sri Lanka beberapa jam selepas doktor selesai mengambil sampel untuk mengetahui penyakit yang dihidapinya.


Menurut sumber, beliau mendapat panggilan mengatakan Wan Amizan meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang ini (waktu Malaysia).


Katanya, Wan Amizan bersama tiga pembantunya berlepas ke Sri Lanka Selasa lalu untuk menjalani pemeriksaan perubatan di sana.


“Isteri dan anak-anak Allahyarham berlepas ke Sri Lanka jam 9 pagi tadi sebaik sahaja mendapat maklumat tekanan darah Allahyarham menurun dan berada dalam keadaan tidak stabil,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Wan Amizan yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerantut merupakan Adun Tahan selama dua penggal sejak PRU12.


Bagaimanapun pada PRU14, Wan Amizan gagal mempertahankan kerusi itu yang dimenangi calon Pas, Mohd Zakhwan Ahmad Badardin dengan majoriti 1,090 undi. -Bernama


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]

Gempa: Muncul pula semburan api bawah tanah

in Global by


JAKARTA – INDONESIA. Susulan gempa bumi menggoncangkan bandar Donggala dan Palu di Sulawesi Tengah, dengan kekuatan 7.5 pada skala Richter, penduduk Mamuju Tengah, dikejutkan fenomena luar biasa.


Memetik laporan Liputan6 SCTV, fenomena air lumpur menggelegak dan semburan api dikatakan berlaku di ladang kelapa sawit.


Masyarakat di Kampung Salugatta, memberitahu, lubang terbentuk selebar satu meter telah memuntahkan lumpur dari tanah disusuli api pada ketinggian dua meter.


Pada Sabtu lalu, lumpur itu ditemui dan semalam, selepas gempa berlaku, api kelihatan di kawasan tersebut.


Bagaimanapun untuk mengelakkan orang ramai menghampiri kawasan itu, pita keselamatan telah dipasang oleh polis.


Penduduk dan polis bertindak membersihkan kawasan itu dari bahan mudah bakar bagi mengelakkan api menyambar sekaligus mengakibatkan kebakaran.


[ARTIKEL BERKAITAN: Angka korban gempa, tsunami lebih 800 orang]


[ ARTIKEL BERKAITAN: Tsunami landa Palu: Lebih 300 maut]


[ ARTIKEL BERKAITAN: Gempa Sulawesi: 200 gempa susulan berlaku]


Source: SH Global

[featured-video-plus]

Kembali UTAMA