PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

November 2018

JDT sahkan ikat dua pemain import

in Sukan Sinar by

JOHOR BAHRU – Juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengesahkan mengikat dua pemain luar negara, Mauricio dos Santos Nascimento dan Aarón Niguez bagi menyempurnakan barisan skuad Harimau Selatan itu.

Pemilik kelab JDT itu sendiri, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi akaun rasmi Facebook Johor Southern Tigers bertitah selain dua pemain tersebut, pihaknya juga dalam proses menandatangani pemain luar negara dan seorang pemain tempatan yang baharu dalam masa terdekat.

“Saya sendiri telah mengikuti perkembangan beliau (pemain luar yang belum diumumkan namanya) selama setahun kerana kami tidak mampu ketika itu dengan harga pemain tersebut yang tidak berada dalam peruntukan kelab.

“Alhamdulillah, pada tahun ini adalah lebih sesuai untuk kami menandatangani beliau,” titah Tunku Mahkota Johor itu.

Baginda dalam pada itu turut memaklumkan pembinaan stadium dan ibu pejabat JDT berjalan dengan lancar dan menyifatkan semua projek yang dijalankan merupakan projek masa jangka panjang.

“Kakitangan kami yang menguruskan padang telah mula melakukan kerja-kerja mereka di stadium baharu.

“Saya ingin memaklumkan kepada semua penyokong bahawa semua projek kami adalah projek jangka masa panjang dan ia bukan setakat ini sahaja tetapi banyak lagi perancangan kelab yang tersusun,” titah baginda.

Baginda turut menyatakan kesyukuran atas kejayaan JDT menjuarai Piala Sumbangsih 2018 dan Juara Liga Super Malaysia untuk kali kelima berturut-turut selain menjuarai empat piala melalui skuad Akademi JDT pada tahun ini yang menjadikan keseluruhannya, JDT berjaya menjuarai 15 piala dari skuad senior dan skuad junior sejak dari tahun 2013.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh penyokong dan saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemain dan kakitangan yang berada dalam kelab kerana telah bekerja keras bagi memastikan matlamat dan visi kelab sentiasa tercapai,” titah Tunku Mahkota Johor lagi. – Bernama

Shahrel Fikri mampu beri impak bahagian depan Harimau Malaya

in Sukan Sinar by

PENYERANG negara, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi mampu memainkan peranan penting dalam skuad Harimau Malaya yang akan turun menentang Thailand pada aksi separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018.

Pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim berkata pengalaman beraksi selama lima bulan dalam liga utama Thailand bersama Nakhon Ratchasima FC adalah satu bonus kepada Muhammad Shahrel yang boleh memberi impak kepada gerakan serangan pasukan negara.

Beliau berkata Muhammad Shahrel atau lebih dikenali sebagai ‘Eki’ lebih memahami corak permainan barisan pemain skuad ‘Gajah Perang’ itu, selain ‘naluri pemusnah’ yang turut dimiliki beliau sudah pasti memberi kesukaran kepada benteng pertahanan lawan.

“Eki ada senjata tersendiri dalam menyerang dan tidak dinafikan beliau juga sering memberi keputusan positif apabila diturunkan. Kelebihan Eki dalam aksi berdepan Thailand adalah beliau sedikit sebanyak tahu corak permainan Thailand dan tahu kelebihan pemain lawan,” katanya kepada Bernama.

Abu Bakar adalah individu yang bertanggungjawab membentuk Eki menjadi antara penyerang berbisa di negara ini, sehingga dinobatkan sebagai Penyerang Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2017.

Eki berjaya meledak 29 gol untuk PKNP FC dalam tiga kempen liga berbeza bermula dari Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 2016, Liga Perdana 2017 dan separuh musim dalam Liga Super 2018.

Sepanjang lima bulan dipinjamkan ke kelab dari Thailand itu bermula Jun lepas, Eki berhasil menjaringkan satu gol dalam 10 penampilannya.

Abu Bakar, bagaimanapun berkata keputusan sama ada Eki bakal diturunkan dalam kesebelasan utama terletak di tangan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe.

Beliau percaya Cheng Hoe lebih mengetahui kemampuan setiap pemain untuk digunakan dalam satu-satu perlawanan mengikut kekuatan pasukan lawan.

“Cheng Hoe adalah ketua jurulatih dan segala keputusan biar beliau putuskan. Terpulang kepada beliau sama ada inginkan Eki sebagai pemain utama atau pemain gantian. Apa yang penting skuad negara perlu bermain sebagai satu pasukan jika ingin mengatasi Thailand nanti,” katanya.

Malaysia akan melayan kunjungan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini, dalam aksi separuh akhir pertama sebelum berkunjung ke Stadium Nasional Rajamangala di Bangkok untuk aksi timbal balik pada 5 Disember.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menewaskan Thailand adalah pada final edisi 2014 menyaksikan Malaysia menang 3-2, namun gagal menjulang piala berkenaan, berikutan keputusan agregat 4-3 memihak kepada pasukan lawan itu. – Bernama

Jangan gentar gergasi hoki dunia

in Sukan Sinar by

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) percaya skuad hoki lelaki negara bakal mencipta kejutan dan tidak menjadikan pasukan gergasi dunia sebagai halangan dalam mempamerkan aksi terbaik pada saingan Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India yang dijadualkan bermula Rabu ini.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata beliau mahu ‘The Speedy Tigers’ menjadikan kemenangan ke atas pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2016, Argentina pada Mac lepas sebagai inspirasi meraih keputusan cemerlang menentang Jerman dan Belanda yang diletakkan dalam Kumpulan D bersama Malaysia.

“Malaysia berkemungkinan cipta kejutan kerana saya ada maklumkan kepada pemain supaya jangan merasakan pasukan gergasi dunia sebagai satu halangan. Kita pernah menang dengan Argentina, maksudnya kita boleh kalahkan mana-mana pasukan pun. Mereka hanya perlu lakukan yang terbaik, bila mereka buat yang terbaik dan kita tidak tahu apa yang akan terhasil.

“Kita selalu sebut mengenai Pakistan tapi secara atas kertas, Malaysia sepatutnya boleh menang dengan Pakistan kerana ranking kita lebih tinggi. Tapi saya tidak nafikan Pakistan adalah sebuah pasukan yang kuat sama seperti India.

“Hanya kedudukan yang membezakan. Saya rasa kuatnya sama. Jika kita boleh kalahkan India, saya yakin kita boleh buat benda sama ke atas Pakistan,” katanya kepada media selepas menyerahkan Jalur Gemilang kepada pasukan negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang akan memulakan cabaran di India bermula pada 28 November hingga 16 Disember ini.

Selain Malaysia, kejohanan itu disertai Argentina, Australia, Belgium, Kanada, China, England, Perancis, Jerman, India, Ireland, Belanda, New Zealand, Pakistan, Afrika Selatan dan Sepanyol.

Skuad negara diundi dalam Kumpulan D akan bertemu juara tiga kali Belanda dalam perlawanan pembukaan pada 1 Dis sebelum menentang juara empat kali Pakistan empat hari kemudian dan juara dua kali Jerman pada 9 Disember.

Malaysia mengintai kedudukan 10 terbaik dalam saingan 16 negara itu selepas menamatkan kempen di tempat terakhir daripada 12 negara pada edisi 2014 di The Hague, Belanda manakala pencapaian terbaiknya ialah di tangga ke empat semasa negara menjadi tuan rumah pada 1975.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Negara Roelant Oltmans percaya pasukan negara bersedia dari segi mental dan juga fizikal untuk menghadapi Piala Dunia dan mengakui yang beliau tidak pernah lihat sebarang tekanan dihadapi pemain walaupun Malaysia berada di dalam kumpulan paling sengit bersama Pakistan, Belanda dan Jerman.

“Saya tidak lihat ianya sebagai tekanan. Kenapa perlu tertekan? Ia adalah apa yang ada. Kita perlu kena berasa yakin, kita telah sediakan diri kita. Harapannya kita akan lakukan yang terbaik, walaupun kita tahu pasukan lain amat kuat tetapi pasukan kita telah betul-betul meningkat. Yang paling penting, kekuatan mental mereka juga telah bersedia.

“Mereka perlu melihat secara keseluruhan kejohanan, bukan satu perlawanan. Sasaran 10 terbaik itu tidak mustahil tetapi kita perlu bermain di pusingan kedua supaya kita boleh tamatkan di kedudukan ke 9-10. Bagaimanapun apabila kita sudah berada di situ, kita tentunya mahu mencapai lebih baik,” katanya.

Keutamaan jurulatih dari Belanda itu ialah untuk menang sekurang-kurangnya sekali di peringkat kumpulan bagi memastikan pasukan negara layak ke pusingan kalah mati dalam penyertaan Piala Dunia kali ke lapan itu.

Mengikut format baru Piala Dunia, pasukan terbaik dari setiap empat kumpulan akan layak ke suku akhir, manakala pasukan di tempat kedua dan ketika kumpulan akan bermain dalam pusingan kalah mati bagi menentukan pasukan yang layak bagi melengkapkan empat lagi pasukan yang layak ke suku akhir. – Bernama

Pertumbuhan ekonomi boleh memecut pantas selepas 2020

in Pilihan Editor by

KUALA LUMPUR – Pertumbuhan ekonomi Malaysia boleh memecut dengan pantas selepas 2020 sekiranya harga komoditi meningkat dengan sokongan pemulihan pertumbuhan ekonomi global.

Ketua Pakar Ekonomi Asia Pasifik Moody’s Analytics Steven G. Cochrane berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka perlahan dalam tempoh dua tahun akan datang kerana prospek ekonomi global yang lemah boleh menjejaskan harga komoditi.

“Malaysia, sebagai sebuah ekonomi terbuka, terdedah kepada trend global. Setiap rantau di dunia dijangka mencatatkan pertumbuhan perlahan pada 2019 dan 2020,” katanya kepada Bernama semasa Forum Ekonomi dan Risiko Kredit Moody’s Analytics baru-baru ini.

Cochrane mengunjurkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar Malaysia (KDNK) mungkin turun daripada 5.9 peratus pada 2017 kepada 4.8 peratus pada 2018, 4.4 peratus pada 2019 dan 3.6 peratus pada 2020.

“Harga komoditi rendah disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi dunia yang perlahan akan menjejaskan pasaran negara sedang pesat membangun dan Malaysia.

“Kami tidak menjangkakan sebarang peningkatan harga komoditi sehingga ekonomi global meningkat,” katanya.

Harga minyak sawit mentah (MSM) mencatatkan penurunan sejak awal tahun ini, dengan harga niaga hadapan MSM berada hampir RM2,000 setan metrik disebabkan paras stok tinggi dan permintaan lemah.

Beliau berkata rangsangan fiskal Amerika Syarikat (AS), yang menyokong ekonomi negara itu dijangka berakhir pada 2020 dan ini akan memperlahankan pertumbuhan ekonominya dan bakal menjejaskan ekonomi global serta pasaran komoditi.

“Jika kita melangkah ke 2020, tanpa kemelesetan di AS dan Eropah, kemungkinan akan ada lantunan semula pertumbuhan global pada 2021 dan 2022,” katanya.

Cochrane berkata perang perdagangan AS-China juga akan menjejaskan perdagangan dan ekonomi global dan perkara buruk yang boleh berlaku adalah ia akan mengganggu rantaian bekalan dan membawa kepada kemelesetan di ekonomi terbesar dunia itu dan turut menjejaskan ekonomi lain.

“Banyak yang bergantung harap kepada mesyuarat antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jin Ping pada Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin G20 di Buenos Aires pada akhir bulan ini.

“Semua akan mencari isyarat daripada Trump dan Xi sekiranya terdapat sebarang penyelesaian bagi perang perdagangan dan sama ada pentadbiran Trump akan membenarkan tarif dinaikkan kepada 25 peratus seperti yang dijadualkan pada tahun depan,” katanya.

Sekiranya tarif dinaikkan dan diperluaskan dengan memasukkan semua perdagangan antara China dan AS, beliau berkata, ia akan menambahkan lagi kesan kepada ekonomi Malaysia dan global.

Bagi Malaysia, beliau berkata, risikonya jelas negatif kerana jangkaan ekonomi global yang lemah akan menjejaskan harga minyak serta tempahan eksport.

“Sebagai pengeksport bersih minyak, penurunan harga minyak bermakna volum dolar eksport akan berkurangan.

“Harga minyak mentah jatuh kerana permintaan global yang berkurangan dan pengeluaran di kawasan yang mengeluarkan minyak syal AS meningkat dengan pantas sejak setahun lalu.

“Hakikat bahawa pengeluaran AS meningkat dengan pantas bermakna Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum kurang berkeupayaan untuk mengawal harga,” katanya.

Cochrane berkata sekatan ke atas minyak Iran tidak membawa sebarang kesan ketara kepada harga minyak kerana terdapat banyak pengecualian yang dikenakan.

Beliau berkata harga minyak, berdasarkan kepada West Texas Intermediate sebagai pengukur harga minyak, diunjurkan berada pada AS$69.1 setong tahun ini dan bergerak kepada AS$67.2 setong pada 2019 dan AS$63.5 setong padan 2020.

Cochrane menegaskan bahawa usaha Malaysia untuk menambah baik ketelusan dan peralihan lancar kuasa kepada kerajaan baharu tahun ini adalah positif dari segi keyakinan pelabur dan dalam tempoh jangka panjang pengurusan hutang yang baik akan menyokong pertumbuhan ekonomi kerana peruntukan yang kurang untuk melunaskan hutang.

“Ketika kerajaan mengetatkan dasar fiskal untuk meningkatkan pengurusan hutang dalam keadaan pertumbuhan eksport yang lemah, pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka perlahan bagi tempoh dua tahun akan datang,” katanya. –Bernama

Dimensi baru sarang burung walet

in Pilihan Editor by

SERDANG – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA2018) tidak pernah ketinggalan memperkenalkan inovasi, perniagaan mahupun industri baru setiap kali penganjurannya.

Tahun ini, MAHA sekali lagi mengorak langkah positif dengan mempromosikan sarang burung walet, industri yang nilainya boleh mencecah RM6 bilion dan menariknya, ia ada di Malaysia.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata, hanya empat negara di dunia mempunyai industri berkenaan iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand kerana persekitaran di negara tersebut sesuai untuk burung walet.

“Selama ini kita tahu nilai industri ini dan sebab itu kerajaan dan juga pihak swasta bersama-sama melabur dan memajukan industri sarang burung walet. Industrinya boleh mencecah RM6 bilion tapi kita baru sampai RM1.5 bilion sahaja.

“Maka, ada ruang yang sangat besar untuk kita tambah pelaburan. Secara tradisi, orang makan sarang burung ini secara mentah, masak dan makan tetapi sekarang kita nampak potensi lebih besar adalah proses produk seperti topeng muka (face mask), kopi, losyen dan makanan tambahan.

“Ini menunjukkan kreativiti industri ini semakin meningkat dan pastinya akan membawa keuntungan kepada negara. Jadi, kerajaan menggalakkan pemain industri untuk memasuki industri ini dengan menghasilkan produk,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Produk Berasaskan Sarang Burung Walet Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), di sini, semalam.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (Kesihatan Ternakan), Dr Saipul Bahri Abd Ree berkata, kini bukan masyarakat Cina sahaja yang peka dengan khasiat sarang burung walet malah kaum lain juga sudah mula cakna dengannya.

“Sebab itu kami mahu khasiat ini masuk ke dalam produk-produk lain seperti kosmetik kerana semua orang tak kira bangsa menggunakannya untuk kecantikan dan kesihatan.

“Jadi, ini antara perkara yang kita nampak boleh masukkan sarang burung walet ke dalamnya termasuklah minuman. Kita nampak potensi industri ini.

“Seperti perdana menteri kata, industri sarang burung walet boleh mencecah RM6 bilion, ia jumlah yang tinggi. Jadi, kita nak ambil peluang untuk tembus pasaran antarabangsa,” katanya ketika ditemui dalam majlis sama.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengasas Shinshu Engineering Sdn Bhd, Ahmad Zaidi Masri berkata, beliau menggunakan teknologi dari Jepun untuk mengekstrak sarang burung walet bagi membolehkan lebih ramai orang dapat memanfaatkannya.

Menurutnya, biasanya harga sarang burung walet mentah agak mahal namun apabila diekstrak menjadi beberapa produk termasuk pencuci muka, krim tangan dan topeng muka, harganya menjadi lebih murah.

“Kita telah melakukan kajian dan pembangunan, kita masukkan sarang burung walet dalam produk supaya orang dapat guna secara terus kepada kulit mereka.

“Sarang burung ini memang sangat berkhasiat jadi kita lakukan kajian supaya manfaat ini dapat dikongsi. Kami menggunakan teknologi Jepun dalam kajian kami.

“Dengan adanya teknologi sebegitu, masyarakat boleh mendapatkan khasiat sarang burung walet pada harga lebih rendah. Bila Jepun terima, satu dunia akan terima produk ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Pembangunan Perniagaan Royal Bird’s Nest Sdn Bhd, Darrell Chan Chee Kian berkata, kacip fatimah dan tongkat ali begitu mudah menembusi pasaran dan beliau berharap sarang burung walet juga akan begitu tidak lama lagi.

Menurutnya, menyedari harganya agak mahal, syarikatnya mengambil inisiatif menghasilkan beberapa produk yang lebih murah namun khasiatnya tetap sama.

“Khasiat sarang burung walet sangat banyak, sejarahnya juga sangat panjang. Di Malaysia, ramai rakyat menyedari khasiat mengamalkan sarang burung walet ini.

“Kesedarannya ada namun disebabkan harga mahal, mereka kurang membelinya. Disebabkan itu, kami hasilkan produk yang lebih murah namun manfaatnya tetap sama,” katanya.

Sabah tetap merendah diri

in Sukan Sinar by

TINGGAL satu perlawanan lagi bagi Sabah Eagles untuk menjuarai Ragbi Piala Agong berprestij yang kali terakhir dimenangi pada 2015, tetapi tiada yang berubah dalam pendekatan mereka dalam perlawanan akhir bertemu Kelantan, Ahad ini di Stadium Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, di Sungai Besi.

Ketua Jurulatihnya, Bradley Moni Mika gembira dengan kemenangan pasukannya ke atas Kedah dalam perlawanan separuh akhir yang sengit dengan kemenangan tipis 27-20 tetapi beliau tidak mengambil perjalanan ke final dengan mudah.

“Tiada berubah untuk pasukan ini. Kami mengambil pendekatan bersederhana sepanjang kejohanan dan ia tetap sama sehingga ke final.

Ia adalah separuh akhir sukar ketika berhadapan Kedah yang bermain dengan baik dan memberikan kami tentangan hebat. Sabah juga berhadapan keputusan sukar oleh pengadil tetapi saya gembira pasukan ini tetap tenang dan fokus untuk menyelesaikan tugas mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kesatuan Ragbi Sabah, semalam.

Sikap yang dipamerkan oleh pasukan ini sememangnya satu sisi positif yang lahir semasa perlawanan menentang Kedah tetapi para pemain tidak boleh mengikut perasaan kerana ia akan menjadi lebih sukar di final, katanya lagi.

Mika berkata seperti Kelantan, Sabah juga mahu memenangi piala ini.

“Kami perlu berjuang habis-habisan dan semoga yang terbaik menang. Kami tidak mempunyai pasukan kegemaran yang kami mahu bertemu di final kerana kami menghormati setiap pasukan, kata Mika yang pasukannya tidak menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua antara Johor menentang Kelantan selepas perlawanan mereka Rabu lepas.

Tetapi kami tidak gentar dengan mana-mana pasukan kerana kami bermain menggunakan kekuatan dan starategi kami. Kami percaya pada diri kami dan bekerja keras untuk apa yang kami patut dapat,” kata beliau.

Mika berkata pasukannya bekerja keras terutamanya dalam kecergasan dan kekuatan dan satu lagi mata bonus untuk pasukan ini ialah mereka mempunyai gandingan mantap pemain muda dan yang berpengalaman.

Sabah sudah tentunya mengharapkan bekas pemain All Black, Charles Luke McAlister untuk berkongsi pengalamannya dan membimbing pauskan itu. Beliau telah memainkan peranannya yang penting dalam perlawanan suku akhir dan separuh akhir.

Kapten pasukan yang berusia 35 tahun itu telah keluar daripada persaraannya untuk mewakili Sabah. Beliau mengumumkan persaraannya tahun lepas selepas kerjaya profesionalnya selama 16 tahun berakhir di Kelab Toulon, Perancis.

Walaupun, pasukan ini mengharapkan McAlister untuk menambahkan kekuatannya dan memberi bimbingan, Mika berkata semangat berpasukan masih diutamakan.

“Setiap anggota pasukan, sama ada pasukan pemula atau di bangku simpanan, kesemua mempunyai peranan dan mereka semua sama pentingnya kepada pasukan,” kata Mika.

Sabah yang mula layak ke final Piala Agong pada 2005 tetapi tewas, meneruskan perjuangan untuk muncul juara pada 2007, 2009, 2014 dan 2015.

Daripada 28 anggota pasukan sekarang, tujuh daripadanya berusia antara 17 hingga 22 tahun termasuk beberapa pemain yang mewakili Sabah ke Sukan Malaysia (Sukma) 2018 baru-baru ini

Antara pemain senior yang bakal mengukuhkan pasukan ini termasuk Badrul Muktee dan bekas pemain kebangsaan Zamorin Mingo. – Bernama

Empat beradik maut minum susu campur ubat batuk, selesema?

in Fakta Auta by

AUTA

KUANTAN – Empat beradik dilaporkan meninggal dunia selepas minum susu yang dicampur ubat batuk dan selesema.

Kejadian yang dilapor berlaku di negeri ini tular di media sosial apabila klip audio dan video itu dikongsi netizen.

Berdasarkan klip audio yang ditularkan, wanita yang juga merupakan ibu kepada empat beradik itu dikatakan terpaksa mencampurkan ubat batuk ke dalam susu kerana anaknya liat untuk makan ubat.

Bagaimanapun, kesemua anaknya itu muntah-muntah selepas mengambil ‘susu beracun’ itu dan menjadi punca kematian mereka serentak.

FAKTA

KUANTAN – Polis menafikan kes kematian empat beradik akibat minum susu dicampur ubat batuk yang tular di laman sosial kononya berlaku di Bera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Othman Nanyan berkata, kes itu tidak berlaku seperti yang didakwa.

Menurutnya, video penahanan wanita yang tersebar juga tiada kaitkan dengan kes yang tular itu.

“Sebaliknya wanita itu ditahan bersabit kes curi di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Wanita itu ditahan di Kampung Baru Mengkuang, Bera 9 November lalu,”katanya.

Othman berkata, wanita itu sudah dituduh di Mahkamah Majistret Temerloh pada 13 November lalu dan mengaku bersalah serta telah dijatuhkan hukuman.

Empat beradik maut minum susu campur ubat batuk, selesema?

in Fakta Auta by

AUTA

KUANTAN – Empat beradik dilaporkan meninggal dunia selepas minum susu yang dicampur ubat batuk dan selesema.

Kejadian yang dilapor berlaku di negeri ini tular di media sosial apabila klip audio dan video itu dikongsi netizen.

Berdasarkan klip audio yang ditularkan, wanita yang juga merupakan ibu kepada empat beradik itu dikatakan terpaksa mencampurkan ubat batuk ke dalam susu kerana anaknya liat untuk makan ubat.

Bagaimanapun, kesemua anaknya itu muntah-muntah selepas mengambil ‘susu beracun’ itu dan menjadi punca kematian mereka serentak.

FAKTA

KUANTAN – Polis menafikan kes kematian empat beradik akibat minum susu dicampur ubat batuk yang tular di laman sosial kononya berlaku di Bera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Othman Nanyan berkata, kes itu tidak berlaku seperti yang didakwa.

Menurutnya, video penahanan wanita yang tersebar juga tiada kaitkan dengan kes yang tular itu.

“Sebaliknya wanita itu ditahan bersabit kes curi di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Wanita itu ditahan di Kampung Baru Mengkuang, Bera 9 November lalu,”katanya.

Othman berkata, wanita itu sudah dituduh di Mahkamah Majistret Temerloh pada 13 November lalu dan mengaku bersalah serta telah dijatuhkan hukuman.

Empat beradik maut minum susu campur ubat batuk, selesema?

in Fakta Auta by

AUTA

KUANTAN – Empat beradik dilaporkan meninggal dunia selepas minum susu yang dicampur ubat batuk dan selesema.

Kejadian yang dilapor berlaku di negeri ini tular di media sosial apabila klip audio dan video itu dikongsi netizen.

Berdasarkan klip audio yang ditularkan, wanita yang juga merupakan ibu kepada empat beradik itu dikatakan terpaksa mencampurkan ubat batuk ke dalam susu kerana anaknya liat untuk makan ubat.

Bagaimanapun, kesemua anaknya itu muntah-muntah selepas mengambil ‘susu beracun’ itu dan menjadi punca kematian mereka serentak.

FAKTA

KUANTAN – Polis menafikan kes kematian empat beradik akibat minum susu dicampur ubat batuk yang tular di laman sosial kononya berlaku di Bera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Othman Nanyan berkata, kes itu tidak berlaku seperti yang didakwa.

Menurutnya, video penahanan wanita yang tersebar juga tiada kaitkan dengan kes yang tular itu.

“Sebaliknya wanita itu ditahan bersabit kes curi di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Wanita itu ditahan di Kampung Baru Mengkuang, Bera 9 November lalu,”katanya.

Othman berkata, wanita itu sudah dituduh di Mahkamah Majistret Temerloh pada 13 November lalu dan mengaku bersalah serta telah dijatuhkan hukuman.

Yusri kekal kemudi TRW

in Sukan Sinar by

PERSATUAN Bolasepak Kelantan (Kafa) secara rasmi melantik Yusri Che Lah sebagai Ketua Jurulatih Kelantan untuk musim 2019.

Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, perkara tersebut diputuskan selepas Yusri bersetuju untuk terus membimbing pasukan dengan tekad mahu mengembalikan pasukan ke Liga Super pada musim 2020.

“Kafa juga meletakkan KPI kepada Yusri untuk kembalikan Kelantan ke Liga Super Musim 2020. (Malah) kita serahkan sepenuhnya mandat kepada Yusri menentukan pemain tempatan dan import yang bakal menggalas cabaran Kelantan dalam saingan Liga Perdana musim depan.

“Selamat maju jaya dan terima kasih diucapkan kepada Yusri. Semoga dengan auranya dapat membina semula pasukan ini sekaligus membawa Kelantan FA mencapai kejayaan pada musim hadapan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

1 2 3
Kembali UTAMA