PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

November 2018 - page 2

TPM ucap tahniah atas kejayaan Jin Wei

in Sukan Sinar by

KEJAYAAN pemain muda wanita negara, Goh Jin Wei meraih Kejuaraan Badminton Remaja Dunia buat kali kedua di Kanada pada Ahad mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berbangga dengan kejayaan tersebut.

“Tahniah Goh Jin Wei, juara Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Kanada. Malaysia boleh!,” kata Dr Wan Azizah dalam Twitternya, hari ini.

Jin Wei yang merupakan pilihan ketiga kejohanan, memenangi gelaran berkenaan selepas menewaskan pilihan ke-13 , Line Christophersen dari Denmark menerusi kemenangan 21-13 dan 21-11 pada aksi final di Markham Pan Am Centre, Kanada.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut melahirkan rasa bangga di atas kejayaan Jin Wei yang mempamerkan aksi terbaik untuk meraih kejuaraan Remaja Dunia buat kali kedua selepas 2015.

“Kalau mengikuti perkembangannya, jarang sekali beliau kalah set pertama dan jurang di antara beliau dan lawan sangat besar. Final dia menang 21-13 & 21-11. She’s the future!,” kata Syed Saddiq dalam catatan di Twitternya.

Berkongsi pandangan sama adalah Timbalannya, Steven Sim Chee Keong yang memuji pemain muda berkenaan menerusi catatan dalam laman Twitternya.

Dalam pada itu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin turut mengucapkan tahniah kepada Jin Wei di atas kejayaan cemerlang pemain berkenaan.

“Tahniah, Jin Wei! Prestasinya menurun selepas memenangi Remaja Dunia pada tahun 2015. Dia bekerja keras untuk bangkit semula meraih emas di @ KL2017 (Temasya Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur). Tahun ini, dia kembali dengan emas Olimpik Remaja dan satu lagi gelaran Remaja Dunia, Kerja keras membuahkan hasil,”’ jelas Khairy. – Bernama

Jom intai bintang, matahari di Port Dickson

in Pilihan Editor by

PORT DICKSON – Dengar saja perkataan Port Dickson, apa yang anda bayangkan? Pastinya keindahan pantai, lautan membiru serta desiran ombak menerjah fikiran anda. Namun, tahukah anda sebenarnya bukan pantai, laut atau makanan sahaja menjadi tarikan di sana. Bagaimana jika penulis beritahu anda boleh ‘meneropong’ bintang di Port Dickson? Tak percaya? Bagaimana pula jika penulis beritahu sebuah teleskop gergasi, bernilai jutaan ringgit, antara terbesar di Malaysia ada di Port Dickson. Ya, semuanya ada di Balai Cerap Telok Kemang. Cukup sekadar menikmati keajaiban alam kerana alam semesta itu sangatlah luas dan indah. Itulah yang penulis rasakan ketika bertemu Penolong Pengurus Balai Cerap Telok Kemang, Muzamir Mazlan. Mendengarkan kisahnya mengoperasikan balai itu, dihiasi gambar bintang, planet, aurora, matahari, kilat dan banyak lagi. Jelasnya, balai tersebut beroperasi setiap hari dan bayaran dikenakan kepada pengunjung untuk memasuki balai tersebut namun syaratnya, hanya 30 orang dalam satu masa. Ujarnya, pengunjung boleh menjalankan aktiviti cerapan matahari iaitu melihat matahari pada jam 3 petang hingga 5 petang, manakala cerapan bintang pada jam 10.30 malam hingga 12.00 malam. “Ia bergantung kepada cuaca. Kalau hujan, kita tidak benar pengunjung guna teleskop tapi ruang pameran tetap ada. “Gambar yang kami ada menarik minat pelbagai pihak malah kami pernah dihubungi laman web luar negara. Mereka minta kebenaran untuk guna gambar dari balai cerap ini,” katanya kepada Sinar Harian. Tambahnya, terdapat beberapa balai cerap di Malaysia dan teleskop di Telok Kemang merupakan alat termoden, termahal dan mampu dijadikan tarikan pelancongan di Port Dickson dan Negeri Sembilan.

Lampu tidak semarak

Menceritakan lebih lanjut berhubung pencemaran cahaya, Muzamir memaklumkan beberapa negara luar memastikan lampu-lampu jalan dan lampu bangunan tidak begitu cerah atau menggunakan mentol khas di mana cahayanya tidak begitu ‘semarak’ ke atas. “Kalau di Port Dickson, begitulah cahayanya, tak banyak tercemar, tak banyak yang memancar ke atas. Bila cahaya semarak terlalu banyak ke atas, agak sukar untuk kita mendapatkan cerapan berkualiti,” ujarnya. Malah, beliau mencadangkan kerajaan negeri mewartakan Port Dickson sebagai ‘kawasan gelap’. “Kalau dapat dalam 10 kilometer di Port Dickson diwartakan sebagai kawasan gelap, Negeri Sembilan adalah negeri pertama yang ada warta tersebut maka dapat dijadikan kawasan cerap bintang. “Sekarang kalau kita nak tengok bintang lebih jelas, kita kena pergi ke Sabah, sebab pencemaran cahaya di sana sangat rendah,” katanya.

Kehadiran pengunjung suam-suam kuku

Bagi Muzamir, kehadiran pengunjung ke balai cerap tersebut masih suam-suam kuku sedangkan mereka bersedia menerima lebih ramai pelancong baik dari dalam mahupun luar negara. “Sekali masuk boleh muat dalam 30 orang tapi jangan risau kerana kita boleh bahagikan kepada beberapa sesi jika terlalu ramai orang. Bagi yang berkumpulan, seeloknya hubungi kami terlebih dahulu supaya mudah susun pergerakan anda,” ujarnya. Balai cerap ini terletak berhampiran pantai Telok Kemang dan dari situ anda boleh nampak keindahan laut, terbentang luas di hadapan anda. Jika singgah ke Port Dickson selepas ini, jangan lupa menjengah Balai Cerap Port Dickson. Percayalah, anda tidak akan menyesal.

Virtus.Pro raih gelaran KL Major 2018

in Sukan Sinar by

PASUKAN berpangkalan di Rusia, Virtus.Pro (VP) meraih gelaran sulung pertandingan sukan elektronik atau e-sukan Kuala Lumpur Major (The KL Major) selepas menewaskan Team Secret dalam aksi grand final lima pusingan terbaik di Axiata Arena di sini, hari ini.

Bertarung di hadapan lebih 10,000 penonton, kedua-dua pasukan menampilkan aksi menakjubkan apabila juara hanya ditentukan pada pusingan kelima, menyaksikan VP lebih bernasib baik merangkul kejuaraan tersebut dengan kemenangan 3-2.

Selaku juara, VP yang dibarisi lima peserta lelaki, Roman Kushnaryov sebagai ketua pasukan, Vladimir Minenko, Pavel Khvastunov, Alexey Berezin dan Vladimir Nikogosyan membawa pulang US$350,000 dan 4,950 ‘Dota Pro Circuit Point (DPC)’, sekali gus mereka semakin hampir layak ke aksi The International 2019 di Shanghai, China.

Sementara naib juara, Team Secret yang dianggotai peserta daripada beberapa negara dan diperkuatkan oleh Michal Jankowski, Yeik Nai Zheng, Ludwig Walhlberg, Yazied Jaradat dan Clement Ivanov (ketua pasukan) menerima hadiah wang tunai US$170,000 dan 3,000 DPC.

Tempat ketiga milik pasukan berpangkalan di Amerika Syarikat, Evil Geniuses yang tumpas 0-2 kepada VP dalam aksi penentuan ke separuh akhir, dan membawa pulang US$100,000 dan 2,100 DPC.

Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula 16 Nov itu, menawarkan keseluruhan wang tunai US$1 juta (RM4.1 juta) dan menarik penyertaan 16 pasukan terbaik dunia.

Ia adalah kali pertama Malaysia menganjurkan pertandingan The KL Major – kejohanan Dota 2 terbesar di negara ini. – Bernama

‘Tak terlintas mahu jadi YB’

in Pilihan Editor by

KOTA TINGGI – Tak sangka ‘hajat’ mahu memberikan khidmat secara percuma kepada rumah kebajikan atau anak yatim selepas bersara dikabulkan lebih awal selepas dipilih menjadi wakil rakyat di Dun Pasir Raja.

Adun Pasir Raja, Rashidah Ismail yang juga bekas guru tabika Kemas berkata, kehidupan sebelum dan selepas bergelar ‘yang berhormat’ masih sama seperti biasa.

Menurutnya, meskipun bergelar wakil rakyat, hubungan dengan keluarga bersama suami dan anak-anak tetap diutamakan.

Baginya, kemesraan sesebuah keluarga sememangnya patut dititik berat kerana masyarakat akan pandang dan menjadi satu nilaian di mata orang ramai.

“Anak-anak dan suami faham mereka memang tahu saya berminat dengan kerja-kerja kemasyarakatan.

Dahulu pun pernah saya niat di hati selepas bersara guru tabika saya nak berkhidmat secara percuma kepada rumah kebajikan atau anak yatim.

“Itu niat saya awal-awal. Bila dah jadi wakil rakyat benda tu seolah-seolah datang cepat sebab nak tunggu bersara umur 60 tahun. Saya bersyukur kerana dapat bantu orang dapat ziarah masyarakat, orang susah, anak yatim,” katanya ketika sesi wawancara Sinar Live bertajuk ‘Dari Guru Tabika Ke YB: Apa Cabarannya’ di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Pasir Raja Taman Sri Saujana, semalam.

Rashidah berkata, beliau sebenarnya tidak menyangka boleh menjadi ‘YB’ bahkan tidak terlintas mempunyai niat mahu menjadi wakil rakyat.

Katanya, mungkin kerana kerja yang dilakukannya selama ini membuatkan orang melihat dan menilai seterusnya ditawarkan menjadi wakil rakyat.

“Syukur sekarang sambung kerja macam biasa. Sejak anak-anak kecil memang saya dah aktif dengan persatuan belia saya pernah menjadi pengerusi belia selama 10 tahun.

“Dalam Umno pula saya sudah jadi ahli sejak usia 18 tahun. Selepas diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Biro Kebajikan Umno Tenggara sebaik habis kerja mengajar, jam 7 pagi sampai 2 petang saya akan terus tumpu pada kerja kemasyarakatan.

“Bagi saya yang penting keikhlasan dan kerja keras kena ada. Sekarang tetap masih sama bersama keluarga dan rakyat tak ada apa-apa beza. Cuma sekarang kita kena kerja lebih kuat lagi sebab kita bersama masyarakat apa-apa keperluan rakyat kita kena hadir ambil berat beri lebih perhatian,” katanya.

Diabetes: Keturunan atau apa?

in Fakta Auta by

Kira-kira 2.5 juta orang dewasa di Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidapi penyakit diabetes dan statistik dalam rekod Institut Diabetes Kebangsaan (NADI) menunjukkan hampir separuh daripada rakyat negara ini tidak sedar mereka menghidap kencing manis.

Penyakit diabetes atau kencing manis ini kedengaran seperti penyakit biasa-biasa sahaja. Namun jangan terkejut, penyakit ini mampu menjadi pembunuh senyap (silent killer), melalui komplikasi secara perlahan-lahan dengan menyerang organ penting tubuh manusia seperti strok, kerosakan saraf, kebutaan, masalah jantung, komplikasi buah pinggang, gangguan ereksi dan masalah pembuluh darah.

Diabetes adalah sejenis penyakit dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah) akibat gangguan pada sistem metabolisme tubuh di mana organ penting pankreas tidak mampu menghasilkan hormon insulin. Sepatutnya hormon ini bertanggungjawab mengawal kadar gula dalam darah untuk menghasilkan proses karbohidrat, lemak dan protein menjadi tenaga diperlukan dalam tubuh manusia.

Bersama Pegawai Perubatan Sarjana, Jabatan Perubatan Rawatan Utama, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Megat Mohamad Amirul Amzar Megat Hashim untuk mengetahui perkara lanjut berkaitan diabetes.

Penyakit kencing manis dikategorikan kepada:

Diabetes jenis pertama (I)

Dikenali sebagai diabetes bersandarkan kepada insulin (Insulin Dependent Diabetes Melitus) atau diabetes awal remaja. Dicirikan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Kegagalan insulin secara semula jadi ini pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

Diabetes jenis kedua (II)

Disebabkan kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) atau boleh dikatakan penghasilan insulin berkurangan. Diabetes jenis II masih ada sedikit insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pengambilan makanan, menurunkan berat badan, bersenam dan pengambilan ubat. Berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk masalah genetik dan gaya hidup yang tidak sihat. Suntikan insulin akan diperlukan sekiranya ubat secara makan tidak berkesan atau ia memberi kesan sampingan kepada pesakit.

Diabetes Gestasi

Dialami oleh wanita ketika kehamilan. Lebih mirip diabetes jenis II disebabkan ketika kehamilan, insulin yang diperlukan lebih kepada keperluan bayi yang di kandung. Jika badan ibu tidak mampu menghasilkan insulin tambahan untuk anak dalam kandungan, ibu akan mengalami paras gula dalam darah yang tinggi.

Pradiabetes

Dikenali sebagai toleransi glukosa terjejas, IGT adalah pelopor kepada diabetes. Peringkat tahap glukosa (gula) darah lebih tinggi daripada normal tetapi tidak cukup tinggi (lagi) diklasifikasikan sebagai diabetes (jenis 2). Pradiabetes tidak mempunyai sebarang gejala, hanya dapat disahkan berdasarkan tahap glukosa darah.

Berapa ramai pesakit diabetes di Malaysia?

Wabak diabetes (khususnya bagi jenis 2) telah meningkat ke tahap wabak di seluruh dunia, terutama di negara-negara membangun termasuk Malaysia. Menurut angka terkini IDF (Persekutuan Diabetes Antarabangsa), satu bagi sebelas orang dewasa (415 juta) mempunyai penyakit diabetes pada tahun 2015. Dijangka meningkat kepada satu bagi sepuluh atau 642 juta menjelang 2040. Manakala dianggarkan 542,000 kanak-kanak mungkin mempunyai diabetes jenis 1.

Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2011, dengan mengguna ujian darah cucuk jari berpuasa, menunjukkan bahawa 20.8% daripada subjek berumur 30 tahun ke atas mempunyai penyakit diabetes, satu peningkatan sebanyak 230% berbanding angka pada tahun 1986 (6.3%). Walau bagaimanapun, kita mungkin dalam keadaan yang lebih buruk kerana sejak tahun 2008, kajian lengkap menggunakan standard emas OGTT (Ujian Toleransi Glukosa Oral) oleh kumpulan MSSM (Kajian Sindrom Metabolik Malaysia) telah pun melaporkan prevalens setinggi 22.3%.

Berdasarkan statistik Institut Kesihatan Umum (IKU) pada tahun 2015 (kajian penyakit diabetes dibuat setiap lima tahun sekali) menyatakan semakin berusia pesakit penghidap diabetes semakin tinggi risikonya. Graf menunjukkan pada umur 25-29 tahun berlaku peningkatan jumlah pesakit diabetes, pada peringkat umur 55- 59 tahun jumlah paling banyak dicatat iaitu sebanyak 416,832 pesakit diabetes. Menjadikan jumlah pesakit diabetes pada tahun 2015 sebanyak 3529,804 orang. Angka tersebut telah menjadikan Malaysia mempunyai kadar diabetes tertinggi di Asia.

Wajibkan sesi kaunseling sebelum mohon cerai

in Pilihan Editor by

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mengekang dan mengawal masalah perceraian melibatkan perkahwinan bawah lima tahun yang disebabkan alasan remeh.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, keadaan tersebut memerlukan pencegahan holistik agar perceraian disebabkan alasan-alasan remeh tidak berterusan dan menjejaskan institusi kekeluargaan.

Katanya, PGSM mencadangkan agar sesi kaunseling diwajibkan kepada setiap pasangan yang hendak memfailkan permohonan perceraian di mahkamah syariah.

“Pasangan yang hendak memohon perceraian hendaklah melampirkan laporan kaunseling atau surat pengesahan bahawa mereka telah melalui proses kaunseling, sebelum dibenarkan memfailkan tuntutan perceraian di mahkamah syariah.

“Sekiranya semasa dalam prosiding perceraian tiada bukti ditunjukkan bahawa mereka telah menghadiri sesi kaunseling, maka hakim hendaklah mengarahkan mereka menghadiri sesi kaunseling terlebih dahulu sebelum kes mereka didengar semula,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

**media[93267]**

Menurut beliau, sesi kaunseling tidak perlu dihadkan di Jabatan Agama Islam Negeri sahaja, tetapi terbuka juga kepada kaunselor-kaunselor bertauliah yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM).

“Jabatan agama Islam negeri juga perlulah mengambil usaha mempertingkatkan tahap akademik, kualiti dan kepakaran pegawai-pegawai kaunseling di jabatan, dari semasa ke semasa,” katanya.

Musa berkata, masalah ini perlu dikekang walaupun PGSM mengalu-alukan usaha mahkamah yariah untuk memudahkan dan mempercepatkan proses perceraian.

“Jika tidak, saban tahun kita akan mendengar laporan statistik perceraian yang meningkat atas alasan-alasan remeh yang boleh membuat orang bukan Islam tersenyum sinis kepada orang Islam,” katanya.

Kes perompak pura-pura kereta rosak, ini kata polis…

in Fakta Auta by

FAKTA

TANJUNG MALIM – Pihak Polis menafikan terdapat insiden samun melibatkan sekumpulan perompak yang berlakon kenderaan rosak di jalan masuk ke Felda Besout seperti yang tular di laman Facebook.

Ketua Polis Daerah Mualim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof, memaklumkan tidak menerima laporan daripada mana-mana individu berkenaan insiden berkenaan.

“Tiada laporan dan tiada kejadian berlaku,” jawabnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian.

AUTA

Sebelum ini, tular di dalam Facebook apabila terdapat individu meminta orang ramai berhati-hati ketika melalui jalan masuk ke Felda Besout dari Slim River kerana terdapat kejadian samun berlaku di lokasi.

Dalam tulisannya itu, individu terbabit mendakwa terdapat sekumpulan perompak perpura-pura seolah-olah kenderaan mereka rosak selain menggunakan seorang wanita tua bagi menarik perhatian pemandu yang lalu di kawasan berkenaan.

“Mereka turut gunakan mak cik tua supaya pemandu yang lalu akan lebih rasa kasihan, rupanya itu hanyalah perangkap.

“Kesian mereka yang baik hati membantu akhirnya dirompak dan serius semalam aku terserempak dengan kumpulan ini,” katanya.

Kembali UTAMA