PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

December 2018

Tular bantuan persekolahan LZNK hingga 11 Januari

in Fakta Auta by

FAKTA

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Syeikh Zakaria Othman ketika dihubungi mengesahkan kenyataan yang tular itu adalah palsu. LZNK menyalurkan sebanyak 40,000 pasang baju sekolah dan 20,000 beg sekolah melalui sekolah rendah di seluruh Kedah kepada pelajar miskin. Senarai pelajar terbabit dipilih melalui sekolah masing-masing dengan mengutamakan pelajar miskin.

AUTA

Tular kenyataan memaklumkan pejabat zakat daerah memperuntukkan kepada anak yang bersekolah, dua pasang pakaian sekolah atau baucar yuran sebanyak RM150 untuk asnaf fakir miskin, pendapatan isi rumah RM3000 ke bawah layak memohon. Tarikh tutup permohonan 11/1/2019. Tolong sebar pada yang memerlukan.

Maut di eskalator akibat telefon bimbit palsu

in Fakta Auta by

AUTA

HARI ini tersebar satu rakaman video berdurasi 17 saat yang menyatakan seorang pelanggan maut di sebuah pusat membeli belah Sunway Pyramid di Petaling Jaya.

Melalui mesej yang disebarkan, mangsa maut akibat kelekaan bermain telefon bimbit sehingga menyebabkan dia terjatuh, tangan putus di eskalator dan maut.

FAKTA

MESEJ yang disebarkan itu bagaimanapun tidak benar sama sekali di mana kejadian yang berlaku merupakan seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat satu di pusat beli-belah berkenaan pada 27 Disember lalu.

Dalam kejadian 11.20 pagi itu, mangsa berusia 30-an dikatakan terjatuh dari tingkat satu pusat beli-belah berkenaan yangkebetulan berhampiran eskalator di tingkat bawah tanah 2 (LG2) bangunan berkenaan.

Pusat beli-belah Sunway Pyramid dalam satu kenyataan berhubung kejadian itu memaklumkan wanita terbabit dilihat memanjat pagar sebelum terjun dari tingkat satu.

“Wanita itu dilaporkan mengalami kecederaan serius dan dihantar ke Pusat Perubatan Sunway sebelum disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan,” kata kenyataan itu.

Kafa berhempas pulas kumpul RM3 juta

in Sukan Sinar by

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) perlu berhempas pulas untuk mengumpul sekurang-kurangnya RM3 juta lagi sebagai persediaan pasukan Kelantan menghadapi saingan Liga Perdana, musim depan.

Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, suntikan dana ini perlu bagi memastikan skuad Kelantan dapat membuat persiapan untuk menjadi tiga kelompok teratas.

Setakat ini beliau berkata, Kafa menerima tajaan sebanyak RM2 juta termasuk dalam bentuk barangan.

Katanya, Rohm Wako Electronics dan Yakult merupakan antara penaja tetap TRW sejak 2016 lalu.

“Kita juga masih berbincang dengan dua syarikat gergasi yang menunjukan minat untuk membantu Kafa sebagai penaja utama musim hadapan.

“Ikutkan dana yang kita ada, belum mencukupi maka kita mengharapkan sokongan pelbagai pihak untuk menaja pasukan ini sekali gus mengurangkan beban kewangan Kafa,” katanya selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Penaja, semalam.

Hujan tak halang penyokong sambut Harimau Malaya

in Sukan Sinar by

HUJAN lebat tidak menghalang ratusan penyokong hadir di Dataran Merdeka malam ini untuk memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya yang muncul naib juara Piala AFF 2018.

Para penyokong, atau kini dikenali sebagai ‘ekor’ mula berkumpul di sekitar dataran yang penuh bersejarah itu seawal pukul 5 petang tanpa mengendahkan hujan lebat yang turun.

Pasukan kendalian Tan Cheng Hoe itu, pulang ke tanah air hari ini selepas aksi final kedua Piala AFF 2018 di Hanoi, Vietnam, malam semalam.

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sekitar pukul 6 petang, skuad Harimau Malaya menaiki model kereta keluaran terbaharu Proton, X70 ke Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebelum berarak menaiki bas ke Dataran Merdeka.

Di Dataran Merdeka, skuad Harimau Malaya disambut dengan sorokan gemuruh daripada penyokong setia, termasuk kanak-kanak.

Sebagai tanda penghargaan kepada penyokong, para pemain turut mengedarkan baju dan poster skuad Harimau Malaya yang disediakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Vietnam muncul juara Piala AFF 2018 dengan keputusan agregat 3-2 selepas menewaskan Malaysia 1-0 pada final kedua menerusi jaringan Nguyen Anh Duc pada minit kelapan di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi.

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa lalu.

Untuk rekod, Malaysia telah mara ke final kejuaraan yang melibatkan negara-negara Asia Tenggara itu sebanyak empat kali sejak kejohanan dwitahunan itu diperkenalkan pada 1996, namun hanya pernah muncul juara sekali pada edisi 2010.- Bernama

‘Pemain Naga Emas muda kena lebih tenang’

in Sukan Sinar by

PENYERANG veteran Vietnam, Nguyen Anh Duc meminta rakan sepasukan supaya mengatasi tekanan ketika menentang Malaysia pada aksi kedua final Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium My Dinh, di sini, malam ini.

Anh Duc, yang hanya memanaskan bangku simpanan pada aksi pertama final, berkata adalah tidak adil untuk mengkritik penyerang muda, Ha Duc Chinch, setelah gagal menyudahkan beberapa peluang jaringan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Menurutnya, penyerang berusia 21 tahun itu, masih mempunyai peluang untuk menebus kekecewaannya di laman sendiri esok.

“Oleh kerana ini perlawanan akhir, semua pemain berasa tertekan terutama di tempat lawan dan selepas aksi pertama itu, saya melihat banyak komen di media mengenai kesilapan atau peluang terlepas oleh barisan depan.

“Sebagai pemain senior, saya bertanggungjawab membantu mereka dan memberitahu penyerang muda supaya tidak terlalu memikirkan perlawanan sebelum ini malah memberi tumpuan pada perlawanan penentuan esok (hari ini),” katanya pada sidang media praperlawanan di sini semalam.

Penyerang berusia 33 tahun itu, yang menjaringkan tiga gol dalam kempen kali ini, berkata beliau cukup bersedia untuk memainkan peranan di barisan depan jika diturunkan oleh jurulatih Park Hang-seo.

“Saya tidak diturunkan pada aksi pertama kerana percaturan taktikal jurulatih…tetapi dari bangku simpanan, saya dapat merasakan kehangatan perlawanan di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, beliau akan melakukan yang terbaik sekiranya diturunkan pada aksi kedua bagi memastikan kejuaraan menjadi milik negara itu.

Vietnam berjaya membawa bekalan selesa ke Hanoi dengan kelebihan jaringan di tempat lawan selepas mencatat keputusan 2-2 pada aksi final pertama.

Anh Duc berkata suasana perlawanan malam ini adalah berbeza dengan keputusan menang 2-0 ke atas Malaysia pada peringkat kumpulan.

“Kali ini Malaysia akan terdesak untuk melakukan jaringan dan akan bermain dengan penuh semangat…justeru, kami perlu memberikan banyak tekanan kepada mereka,” katanya. – Bernama

Merungkai misteri Tasik Hijau di Bukit Ibam

in Pilihan Editor by

BAK kata pepatah ‘sambil menyelam minum air’, hasrat untuk menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan salah seorang ahli Team Busut di Taman Peramu Pekan, Pahang baru-baru ini dapat di manfaatkan sepenuhnya.

Sebaik selesai meraikan kedua mempelai, rombongan kami segera menuju ke Bukit Ibam yang terletak tidak jauh dari bandar Muadzam Shah.

Hasrat kami, untuk menikmati sendiri keindahan dan keunikan tasik hijau dan biru yang menjadi bualan di media sosial tidak lama dahulu.

**media[]**

Asal usul Bukit Ibam

Selain keindahan tasik tersebut, Bukit Ibam memiliki sejarah yang panjang.

Ini kerana selain kaya dengan sumber mineral, ia juga pernah menjadi lokasi perlombongan bijih besi yang terbesar di Asia suatu ketika dahulu.

Malah dapatan yang diperolehi mengatakan aktiviti perlombongan bijih besi di Bukit Ibam telah bermula sejak tahun 1957, oleh syarikat Rompin Mining Company (RompinCo).

RompinCo merupakan anak syarikat kepada Eastern Mining & Mineral Company milik penjajah British.

Tidak cukup dengan itu, sejarah kewujudan nama ‘Ibam’ itu sendiri merupakan suatu yang unik untuk dikongsikan.

Berdasarkan peta Malaya yang dikeluarkan dalam tahun 1951, nama Bukit Ibam ketika itu masih belum wujud.

Menurut catatan Superintenden Elektrik RompinCo, G. Scllow perkataan Ibam merupakan akronim yang diambil daripada tajuk sebuah buku ‘I BOUGHT A MOUNTAIN’ hasil tulisan Thomas Firbank pada tahun 1940.

Menurut Scllow buku tersebut telah dibaca oleh jurutera ukur RompinCo, Mr. Fittburg.

Ketika sedang menjalankan kerja-kerja ukur landasan keretapi untuk laluan Bukit Ibam ke Tanjung Tengku, Kuala Rompin.

Selepas berjaya melakukan kerja pengukuran landasan keretapi itu, Mr Fittburg telah bertanya kepada salah seorang pekerja mengenai nama bukit yang terdapat di hadapan lombong tersebut.

Apabila pekerja tersebut mengatakan tidak tahu, Mr Fittburg kemudiannya menamakan bukit tersebut sebagai Bukit Ibam bersempena dengan judul buku tersebut.

Selain itu, ada juga yang mengatakan nama Bukit Ibam merupakan singkatan daripada ‘Iron Boxside Aluminium Magnesium’.

Keindahan Tasik Biru

Secara ringkasnya disebabkan aktiviti perlombongan dan kuari ini, telah menyebabkan wujudnya banyak lubang-lubang besar hasil dari peletupan bukit bagi mengeluarkan sumber mineral yang ada.

Lubang-lubang tersebut kemudiannya menjadi kawasan takungan air yang akhirnya membentuk menjadi sebuah tasik.

Berdasarkan kajian, ekoran aktiviti perlombongan telah meningkatkan jumlah pepejal terlarut dan logam berat.

Tindak balas kimia batuan dan tanah kuari juga merupakan antara punca air tasik ini kelihatan sangat jernih.

Walaupun tiada sebarang hidupan akutik yang hidup di dalam tasik ini, namun keindahan warna airnya yang biru serta jernih, benar-benar membuatkan mata kami seakan kaku terpesona.

Ini kerana selain merupakan tasik kuari yang terbesar dan terdalam (anggaran 40 meter) yang pernah di rekodkan, warna airnya seakan hidup ketika matahari sedang terik.

Ini ekoran pantulan cahaya langit serta kehadiran pokok-pokok di sekelilingnya.

Di tambah pula dengan kehadiran Bukit Sembilan sebagai latar belakangnya seakan melengkapkan pemandangan indah di tasik ini.

**media[]**

Hidupan akuatik di Tasik Hijau

Sejarah kewujudan tasik hijau yang terletak bersebelahan tasik biru di Bukit Ibam tidak kurang hebatnya.

Selain bijih besi, wilayah Pahang Tenggara itu juga kaya dengan sumber bijih timah dan batu jed. Maka tidak hairanlah terdapat banyak tapak perlombongan dan kesan kuari hingga kini.

Menurut cerita orang kampung suatu ketika dahulu kawasan tersebut merupakan kawasan perlombongan batu jed.

Salah seorang penduduk orang asli yang mendiami kawasan tersebut dikatakan secara tidak sengaja berjumpa dengan seketul batu hijau yang cantik.

Dia kemudiannya menunjukkan batu tersebut kepada salah seorang pegawai British.

Rentetan dari itu, aktiviti perlombongan giat di jalankan bagi mengeluarkan lebih banyak batu jed.

Namun setelah kerja-kerja perlombongan di lakukan, di dapati batu-batu jed tersebut masih muda dan tidak mempunyai nilai di pasaran.

Kawasan perlombongan tersebut akhirnya di tinggalkan. Lama kelamaan hujan dan mata air kemudiannya membentuk lombong tersebut menjadi sebuah tasik.

Mungkin kerana pantulan batu-batu jed di dasar tasik tersebut, telah menyebabkan warna airnya menjadi hijau pekat.

Berbeza dengan Tasik Biru, terdapat banyak hidupan akuatik di Tasik Hijau antaranya ikan toman dan keli.

Di sebalik keindahan itu, Tasik Hijau turut menyimpan seribu misteri. Menurut cerita penduduk kampung tasik itu mempunyai ‘penjaga’ yang tersendiri.

Mereka yang bermulut celupur atau sering bercakap besar dikatakan bakal di timpa musibah.

Malah pernah berlaku insiden lemas di tasik berkenaan yang mengakibatkan korban. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan namun mayat mangsa tidak ditemui.

Sehinggalah diadakan upacara dialog bagi ‘memujuk’ agar jasad mangsa dipulangkan ke pangkuan keluarga. Tidak lama selepas itu, jasad mangsa di temui terampung tidak jauh dari tempat kejadian.

Walaupun begitu ketika kehadiran kami tidak berlaku sebarang kejadian yang luar biasa.

Namun kami di berikan kesempatan untuk berjumpa dengan pokok bunga senduduk putih, antara spesis tumbuhan yang paling sukar ditemui.

Malah ada yang mendakwa spesis liar ini mempunyai kaitan yang sangat kuat dengan alam mistik.

Tumbuhan ini juga dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi dalam bidang perubatan traditional.

Setiap bahagian dari tumbuhan ini di katakan mempunyai pelbagai khasiat dari sudut perubatan traditional.

Selain itu, penduduk tempatan mendakwa terdapat juga kolam merah dan kuning di Bukit Ibam.

Namun lokasinya tidak di ketahui kerana agak jauh ke dalam hutan.

**media[]**

Meredah Bukit Sembilan

Selepas puas bergambar dan menikmati keindahan di tasik biru dan hijau, kami meneruskan perjalanan ke Bukit Sembilan.

Bukit Sembilan terletak bersebelahan dengan Bukit Ibam.

Perjalanan menuju ke puncak Bukit Sembilan tidak memerlukan masa yang lama. Ini kerana terdapat laluan konkrit sehingga ke puncak.

Setibanya di puncak, kami di sajikan dengan pemandangan 360 darjah yang indah lagi mendamaikan.

Di tambah dengan keadaan cuaca yang sejuk, kami seakan terpana menikmati keindahan alam yang dikelilingi bukit bukau dan hutan yang menghijau.

Pemandangan waktu petang yang redup beserta cahaya ‘sunset’ yang keluar disebalik awan menyebabkan kami leka menghayati Kebesaran Ilahi.

Di puncak ini juga kami dapat melihat Tasik Biru dan Tasik Hijau dengan jelas.

Namun begitu kami sedikit hampa apabila melihat ‘ketupat besi’ (struktur binaan besi yang di kenali sebagai stesen trigonometri) telah di musnahkan.

Hanya kesan tapak dan sisa besi yang berjaya di temui berhampiran menara pencawang telekomunikasi.

Apa yang pasti, ia tidak akan mematahkan semangat Team Busut untuk meneruskan misi memburu ‘ketupat besi’ di puncak bukit dan gunung di masa hadapan.

1 2 3
Kembali UTAMA