Kafa berhempas pulas kumpul RM3 juta

in Sukan Sinar by

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) perlu berhempas pulas untuk mengumpul sekurang-kurangnya RM3 juta lagi sebagai persediaan pasukan Kelantan menghadapi saingan Liga Perdana, musim depan.

Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, suntikan dana ini perlu bagi memastikan skuad Kelantan dapat membuat persiapan untuk menjadi tiga kelompok teratas.

Setakat ini beliau berkata, Kafa menerima tajaan sebanyak RM2 juta termasuk dalam bentuk barangan.

Katanya, Rohm Wako Electronics dan Yakult merupakan antara penaja tetap TRW sejak 2016 lalu.

“Kita juga masih berbincang dengan dua syarikat gergasi yang menunjukan minat untuk membantu Kafa sebagai penaja utama musim hadapan.

“Ikutkan dana yang kita ada, belum mencukupi maka kita mengharapkan sokongan pelbagai pihak untuk menaja pasukan ini sekali gus mengurangkan beban kewangan Kafa,” katanya selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Penaja, semalam.