Kain rentang serang BN di pasang di sekitar Semenyih

in PRK Semenyih by

SEMENYIH – Calon BN, Zakaria Hanafi hari ini membuat laporan polis, di sini, berhubung pemasangan kain rentang berbentuk provokasi dan fitnah ke atas parti itu.

Zakaria berkata, beliau menyedari pemasangan kain rentang itu pagi tadi, di sekitar Semenyih setelah dimaklumkan oleh pihak jentera BN.

“Pagi tadi selepas program menemui pengundi-pengundi di pasar Beranang, saya diberitahu mengenai perkara ini.

“Saya dimaklumkan bahawa kain rentang itu di pasang Sri Putra , Batu 5 Bangi, Seri Jenaris, ini provokasi menyerang peribadi saya, kenyataan ini bukan saya yang buat,” katanya selepas membuat ‘laporan di balai polis Semenyih, di sini, hari ini.

Kain rentang itu antaranya menyatakan bahawa “Undilah BN jika ingin rompakan Rosmah Mansor berulang”, “Saya Janji bawa Rosmah jika BN menang di Semenyih (manifesto BN),.”

Mengulas lanjut, Zakaria menegaskan kepada pencabar-pencabarnya agar menggunakan kempen yang lebih berhemah, bukan dengan cara sebegini.

“Saya pegang prinsip kita berkempen secara bersih dan secara ‘gentlemenlah’ kita amalkan kempen bersih dan sihat ,” katanya.