PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

April 2019 - page 33

Tok Mat harap sokongan diterjemah ke peti undi

in PRK Rantau by

SEREMBAN – [DIKEMASKINI] Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berharap agar penerimaan baik yang ditunjukkan oleh penduduk DUN Rantau akan diterjemah dengan memilih beliau sekali lagi sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, masih banyak yang beliau ingin lakukan untuk kesejahteraan rakyat di sini.

“Sepanjang dua minggu kempen ini saya sangat gembira kerana rata-rata pengundi menunjukkan sokongan yang sangat baik.

“Jadi saya harap ia diterjemah (sokongan) ke dalam kotak undi (pilih beliau) dan beri saya peluang jadi wakil rakyat,” katanya pada sidang media selepas mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJKC) Chung Hwa Rantau di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohamad yang menjadi ADUN Rantau selama tiga penggal, tiba di pusat pengundian pada jam 8.20 pagi ditemani isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin dan lima anaknya.

Sebaik selesai, Mohamad mengambil peluang bermesra dengan pengundi sebelum beredar untuk melawat ke pusat pengundian lain.

PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Mohamad, calon PH, Dr S Streram serta dua calon Bebas, R Malar dan Mohd Nor Yassin.

Tok Mat harap sokongan diterjemah ke peti undi

in PRK Rantau by

SEREMBAN – [DIKEMASKINI] Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berharap agar penerimaan baik yang ditunjukkan oleh penduduk DUN Rantau akan diterjemah dengan memilih beliau sekali lagi sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, masih banyak yang beliau ingin lakukan untuk kesejahteraan rakyat di sini.

“Sepanjang dua minggu kempen ini saya sangat gembira kerana rata-rata pengundi menunjukkan sokongan yang sangat baik.

“Jadi saya harap ia diterjemah (sokongan) ke dalam kotak undi (pilih beliau) dan beri saya peluang jadi wakil rakyat,” katanya pada sidang media selepas mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJKC) Chung Hwa Rantau di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohamad yang menjadi ADUN Rantau selama tiga penggal, tiba di pusat pengundian pada jam 8.20 pagi ditemani isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin dan lima anaknya.

Sebaik selesai, Mohamad mengambil peluang bermesra dengan pengundi sebelum beredar untuk melawat ke pusat pengundian lain.

PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Mohamad, calon PH, Dr S Streram serta dua calon Bebas, R Malar dan Mohd Nor Yassin.

Pelaburan modal insan perangi ancaman siber

in Pilihan Editor by

KUALA LUMPUR — Kepentingan pendidikan dalam membangunkan modal insan merupakan pelaburan terbaik untuk mengurangkan risiko ancaman keselamatan siber dalam sesebuah organisasi, menurut seorang ahli akademik hari ini.

Pensyarah kanan Fakulti Teknoloji dan Informatik Razak, Universiti Teknoloji Malaysia (UTM), Hafiza Abas berkata, pelaburan modal insan dalam latihan pekerja penting kerana kebanyakan isu keselamatan berpunca daripada faktor kesilapan manusia dalam syarikat dan bukan daripada pihak luar.

Beliau berkata kejahilan dan kecuaian pekerja akan mendorong mereka untuk menjadi mangsa penipuan e-mel melalui klik pada pautan yang diberikan.

“Kami sering mendengar bagaimana syarikat membelanjakan ribuan ringgit dalam membangunkan perisian dan perkakasan untuk memerangi pencerobohan sistem pangkalan data dalam organisasi tetapi mengabaikan persediaan pekerja mereka.

“Pekerja perlu dididik mengenai keselamatan siber kerana apa saja tugas dilakukan melalui komputer boleh membawa kepada ancaman siber…walaupun kadang-kadang dengan memuat turun filem atau klik pada pautan iklan boleh menyebabkan pelanggaran data,” katanya, semalam.

Hafiza berkata pelanggaran data merupakan ancaman yang semakin meningkat dan organisasi perlu meningkatkan inisiatif keselamatan siber di semua lapisan.

Misalnya, katanya, syarikat boleh mempunyai sistem keselamatan siber yang teratur dengan adanya anggota keselamatan siber dalaman.

“Serangan siber kini menjadi semakin rumit apabila pengodam membangunkan teknik baharu dan berbeza setiap hari untuk mengeksploitasi kelemahan sebarang sistem.

“Kita tidak dapat menghalang ancaman siber tetapi boleh mengurangkan risiko dengan meletakkan sebuah sistem pencegahan dan perancangan yang betul,” katanya.- Bernama

Karangkraf syarikat penerbitan ikonik: Saifuddin

in Pilihan Editor by

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan Kumpulan Media Karangkraf merupakan syarikat penerbitan ikonik dalam Malaysia.

Menurutnya, ia boleh dianggap sebagai ikon kerana dibangunkan dari bawah, bukan dari mana-mana ahli politik atau konglomerat besar.

Tambah beliau, Karangkraf boleh dianggap syarikat penerbitan serba lengkap kerana mempunyai banyak majalah dan Sinar Harian yang meliputi pelbagai sasaran pembaca.

“Karangkraf juga mempunyai bahagian penerbitan buku khususnya novel-novel yang menjadi minat ramai, menerbitkan pula buku agama yang sangat penting.

“Mereka juga menerbitkan al-Quran yang sesuai dengan keperluan tempatan dan mempunyai akhbar Bahasa Melayu antara yang terbesar di Malaysia.

“Ia adalah satu-satunya akhbar yang bersifat tempatan. Contoh, kalau di Pahang ada 11 daerah, ada 11 muka surat, satu untuk setiap daerah,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau ditemui ketika melakukan lawatan di reruai Karangkraf di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBKL) di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, malam tadi.

Ahli Parlimen Indera Mahkota itu meluangkan masa hampir 30 minit melihat produk buku dan al-Quran dihasilkan Grup Buku Karangkraf.

Dalam pada itu, Saifuddin turut memuji Sinar Harian dan menganggap akhbar itu bersikap adil dalam melaporkan berita politik Malaysia.

“Ada kajian tentang akhbar Bahasa Melayu merumuskan akhbar paling adil dari segi liputan politik adalah Sinar Harian.

“Sinar Harian juga terlibat dalam perkongsian ilmu dalam Wacana dan Bicara Minda. Ini luar biasa. Sebab itu saya anggap Karangkraf adalah syarikat penerbitan yang ikonik,” ujarnya.

Berlangsung dari 29 Mac hingga 7 April, PBAKL 2019 buat julung kalinya memperkenalkan kempen mesra alam sekitar iaitu pengurangan beg plastik selain transaksi tanpa tunai bagi pembelian buku.

PBAKL 2019 edisi ke-38 ini dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) bersama enam persatuan penerbit buku Malaysia.

Jangan lupa singgah ke reruai Karangkraf untuk mendapat pelbagai bahan bacaan menarik dengan diskaun memukau.

Rafidah tegur menteri umum dasar kerajaan di media sosial

in Bicara Minda by

SHAH ALAM – Media sosial bukan tempat untuk menjelaskan dasar-dasar kerajaan, tegur bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tan Sri Rafidah Aziz.

Jelas beliau, sepatutnya menteri-menteri Kabinet berbincang terlebih dahulu sebelum mengumumkannya kepada rakyat.

“Jangan tadbir negara ini menerusi media sosial dan jangan umumkan sebelum mereka bincang,” katanya pada Program Bicara Minda anjuran Sinar Harian di Dewan Karangkraf, hari ini.

Menurut Rafidah yang juga Ahli Majlis Tindakan Ekonomi, dasar-dasar kerajaan perlu dibincangkan dengan terperinci dan mendalam bersama anggota Kabinet dan pihak berkepentingan daripada sektor swasta.

“Dengan ini, selepas mendapat maklum balas daripada mereka dan ketika kali pertama diumumkan, ia akan menjadi lebih berkesan dan rakyat akan dapat menerimanya.

“Tetapi malangnya mereka telah mengumumkan sebelum kajian dibuat, inilah masalah mereka, perdana menteri terpaksa menyelamatkan menteri dan menteri yang lain juga terpaksa bantu,” katanya.

Rafidah berkata, teguran tersebut telah diberikan kepada menteri-menteri Kabinet dalam satu ceramah selama satu jam pada akhir Disember lalu yang turut dihadiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pada itu, mengenai persepsi anggota Kabinet sekarang terlalu muda dan tidak berpengalaman tidak seharusnya menjadi halangan untuk menjalankan tugas jika mereka terus komited.

Menyentuh isu berkaitan permintaan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) supaya laporan yang dikemukakan didedahkan kepada umum, Rafidah berkata, perkara itu adalah hak kerajaan.

Terpulang pada Kabinet dedah laporan CEP kepada umum

in Bicara Minda by

SHAH ALAM – Tindakan sama ada mahu mendedahkan laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) kepada umum dan tidak meletakkannya di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) adalah terpulang kepada keputusan Kabinet.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, sekiranya pendedahan bab-bab yang terkandung dalam laporan tersebut tidak bersangkut paut dengan sebarang undang-undang, maka tidak ada masalah untuk disiarkan.

“Keputusan ini terpulang kepada Kabinet. Kalau ada bab-bab yang boleh disiar, itu juga tidak menjadi masalah bagi saya.

“Cuma kalau ada bab yang melibatkan akaun syarikat atau bersangkut paut dengan undang-undang, itu mungkin tidak boleh didedahkan bagi menjaga kerahsiaan maklumat syarikat,” katanya selepas program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, hari ini.

Pada 29 Mac lalu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menempelak dan menyifatkan kerajaan PH sebagai ‘gila’ selepas enggan mendedahkan secara umum laporan yang disediakan CEP.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak adil mahu laksana semua kurang setahun: Rafidah

Menurut Zaid, Pengerusi CEP, Tun Daim Zainuddin bersama lima lagi ahlinya telah bekerja keras untuk menyediakan laporan tersebut yang mengandungi maklumat tentang penyalahgunaan kuasa dan perincian dalam tadbir urus kerajaan.

Sementara itu, sebanyak 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), semalam menggesa kerajaan supaya mendedahkan laporan CEP kepada umum dan tidak meletakkannya di bawah AKTA Rahsia Rasmi 1972 (OSA)

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, NGO tersebut mendesak Putrajaya supaya tidak melanggar janji yang dibuat dan tindakan meletakkan laporan CEP di bawah OSA bermakna kerajaan mahu menyembunyikan sesuatu.

Tak adil mahu laksana semua kurang setahun: Rafidah

in Bicara Minda by

SHAH ALAM – Tidak adil bagi kerajaan yang diberi mandat mentadbir negara bagi tempoh lima tahun selepas PRU, hanya dilihat pada pentadbirannya dalam tempoh tidak sampai setahun.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, rakyat perlu bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan ketika ini menjalankan tanggungjawab mereka sebaiknya untuk mentadbir negara.

“Bagi peluang kerajaan baru (PH) jalankan kerja mereka kerana bukan satu saja kerja perlu dibuat.

“Kerajaan kini (PH) mahu pulihkan apa yang rosak (ketika pentadbiran kerajaan BN), yang salah bawa keadilan, bawa pembangunan berterusan dan perubahan dalam sistem pelajaran… itu semua perlukan masa, tidak boleh dilakukan dalam waktu serentak,” katanya pada Program Bicara Minda anjuran Sinar Harian di Dewan Karangkraf, hari ini.

Beliau berkata, rakyat perlu berpesan-pesan agar kerajaan jalankan kerja dengan efektif.

“Mereka (kerajaan PH) tahu apa nak buat,” katanya.

Rafidah berkata, tempoh untuk membaiki segala kerosakan tidak dapat dilakukan dalam tempoh singkat dan ia bukan perkara mudah untuk dilakukan.

“Bukan senang betulkan sistem yang rosak, pentadbiran yang rosak… bukan masa sehari,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berpandangan, kerajaan PH melakukan kajian terperinci terlebih dahulu mengenai sebarang dasar atau keputusan sebelum diumum kepada rakyat.

“Bincang dulu dengan pihak sepatutnya termasuk kakitangan kerajaan.

“Jangan umum dan tadbir negara melalui media sosial kerana ia tidak jelas,” katanya.

1 31 32 33
Kembali UTAMA