PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

July 2019

PDRM tidak keluarkan jadual kompaun baru saman trafik

in Fakta Auta by

Jadual ini tular di media sosial dan JSPT menjelaskan apa yang tular itu adalah tidak benar dan mengelirukan

AUTA

Tersebar di media sosial jadual mengenai kadar kompaun baru saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebaran yang turut menggunakan lambang PDRM itu menyenaraikan 14 kesalahan trafik bersama pelbagai jenis kelas kenderaan.

Turut dipaparkan adalah kadar kompaun lama dan kadar kompaun baru.

Antara yang isi kandung paparan tersebut adalah kesalahan memandu laju dari kadar kompaun lama RM150 kepada kadar kompaun baru RM70.

FAKTA

Menjawab dakwaan tersebut, Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM menjelaskan jadual kadar kompaun baru saman trafik yang tular di media sosial tidak pernah dikeluarkan pihaknya.

Menurutnya, kadar kompaun yang dinyatakan adalah tidak benar serta mengelirukan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan makluman lanjut boleh menghubungi kaunter Trafik di Balai Polis berhampiran.

Kembali UTAMA