Dua faktor penjawat awam terlibat rasuah

in Bicara Minda by
bicara minda

SHAH ALAM – Faktor mahu mengekalkan gaya hidup mewah dan terbeban dengan hutang antara punca utama penjawat awam terlibat dengan rasuah, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Shamsun berkata, penjawat awam ini berbelanja di luar kemampuan.

“Kalau pakai jam, pakai yang paling mahal. Kadangkala pakai jam berharga RM600,000. Tak munasabah penjawat awam pakai jam mahal sebegitu.

“Dalam dunia digital juga membuka ruang untuk mereka terlibat dalam judi internet. Itu pun membimbangkan sebab ada penjawat awam terlibat judi internet dan kemudiannya dibebani hutang pula,” katanya pada program Bicara Minda Sinar Harian di Dewan Karangkraf.

Program dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar petang tadi.