PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

January 2020

Kerjaya terbangkan dron tarik belia ke sawah

in Warna-warni Kehidupan by

Mohd Afiq menerbangkan dron bagi kerja-kerja membaja dan menyembur racun untuk tanaman padi di Kampung Simpang Lima. – Foto BernamaMohd Afiq (dua, kanan) bersama rakannya menyiapkan kelengkapan dron sebelum menerbangkan bagi kerja-kerja membaja dan menyembur racun untuk tanaman padi di Kampung Simpang Lima. – Foto Bernama

SUNGAI BESAR – Niat murni Muhammad Ikmal Hafizi Mohd Nazri yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga kedua ibu bapanya di kampung kini terbalas apabila memperoleh kerjaya baharu menerbangkan dron bagi kerja-kerja membaja dan menyembur racun untuk tanaman padi.

“Apabila saya pulang ke kampung untuk menjaga ibu bapa yang kurang sihat, saya dapat tahu melalui rakan bahawa Koperasi Wawasan Tani Bhd Simpang Lima sedang mencari pengendali dron maka saya memohon kerja tersebut lalu dilantik untuk menerbangkan gajet itu,” katanya kepada Bernama di sini.

Ikmal, 25, merupakan enam daripada 30 orang yang dipilih untuk menerbangkan dron bagi membaja dan menyembur racun dalam proses penanaman padi.

Digelar sebagai ‘pilot’, Ikmal bersama rakan sekerja, Mohd Afiq Haziq Sulaiman, telah melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memantapkan lagi penggunaan dron di samping dapat mengelak daripada sebarang masalah.

Afiq, 25, yang merupakan pemegang Sijil Kemahiran Malaysia berkata, mereka mengubah suai dron itu mengikut ketetapan yang sesuai daripada segi pengunaan bateri dan kapasiti racun yang boleh digunakan untuk satu lot sawah padi.

“Kita kena tahu berapa tong yang sesuai bagi menyembur racun dengan efektif. Setelah kita melakukan R&D, kita telah mengubah suai dron itu supaya boleh membawa 10 liter racun dengan kawalan bateri yang sesuai,” katanya.

Selain itu katanya, mereka perlu belajar mengawal ketinggian dron dan masa yang sesuai untuk menyembur racun supaya usaha menghapuskan penyakit pada padi dan serangan serangga seperti ulat batang, berkesan.

**media[606616]**

Afiq adalah antara ‘pilot’ terawal yang menerbangkan dron untuk penanaman padi, dan telah mengendalikan pelbagai jenis dron termasuk DJI Agras MG1, model dron pertama digunakan di sawah padi yang memerlukan dua pengendali.

Selain itu, Ikmal dan Afiq juga berdaftar dengan Kelab Belia Wawasan di bawah koperasi dan diakui oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk melayakkan mereka mendapat latihan dan bekerja sebagai ‘pilot’ di koperasi itu.

Waktu kerja mereka setiap hari adalah dari jam 6.30 pagi hingga 11 pagi dan 5 petang hingga tengah malam kerana ia merupakan waktu aktif serangga perosak.

“Kita pernah juga kerja sampai 1 pagi untuk menyembur racun iaitu waktu yang serangga boleh dikatakan aktif. Kita boleh tolong pesawah dan bekerja sampai lewat malam, tapi kita juga perlu minta tolong dengan pesawah supaya mengalihkan kayu atau dahan tinggi yang ada di tengah sawah untuk memudahkan perjalanan dron,” kata Afiq.

Mengulas aspek pendapatan, Ikmal dan Afiq amat berpuas hati dengan gaji yang diterima ditambah pula dengan waktu bekerja yang fleksibel.

“Ramai yang tanya, kenapa saya kerja di sawah memandangkan saya ada diploma. Saya berasa sangat puas hati dapat menjadikan minat sebagai kerjaya dalam masa yang sama mendapat gaji yang sesuai,” kata Ikmal yang telah membawa dron sejak akhir tahun lepas.

Mereka juga berharap bilangan dron dapat ditingkatkan bagi menarik lebih ramai belia untuk bekerja di sawah yang kini amat memerlukan tenaga darah muda.

“Kita tidak mempunyai dron yang cukup sekarang tetapi ramai telah meminta untuk bekerja di sawah dengan harapan untuk menerbangkan dron,” kata Afiq. – Bernama

Kerjaya terbangkan dron tarik belia ke sawah

in Warna-warni Kehidupan by
Mohd Afiq menerbangkan dron bagi kerja-kerja membaja dan menyembur racun untuk tanaman padi di Kampung Simpang Lima. – Foto Bernama
Mohd Afiq (dua, kanan) bersama rakannya menyiapkan kelengkapan dron sebelum menerbangkan bagi kerja-kerja membaja dan menyembur racun untuk tanaman padi di Kampung Simpang Lima. – Foto Bernama

SUNGAI BESAR – Niat murni Muhammad Ikmal Hafizi Mohd Nazri yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga kedua ibu bapanya di kampung kini terbalas apabila memperoleh kerjaya baharu menerbangkan dron bagi kerja-kerja membaja dan menyembur racun untuk tanaman padi.

“Apabila saya pulang ke kampung untuk menjaga ibu bapa yang kurang sihat, saya dapat tahu melalui rakan bahawa Koperasi Wawasan Tani Bhd Simpang Lima sedang mencari pengendali dron maka saya memohon kerja tersebut lalu dilantik untuk menerbangkan gajet itu,” katanya kepada Bernama di sini.

Ikmal, 25, merupakan enam daripada 30 orang yang dipilih untuk menerbangkan dron bagi membaja dan menyembur racun dalam proses penanaman padi.

Digelar sebagai ‘pilot’, Ikmal bersama rakan sekerja, Mohd Afiq Haziq Sulaiman, telah melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memantapkan lagi penggunaan dron di samping dapat mengelak daripada sebarang masalah.

Afiq, 25, yang merupakan pemegang Sijil Kemahiran Malaysia berkata, mereka mengubah suai dron itu mengikut ketetapan yang sesuai daripada segi pengunaan bateri dan kapasiti racun yang boleh digunakan untuk satu lot sawah padi.

“Kita kena tahu berapa tong yang sesuai bagi menyembur racun dengan efektif. Setelah kita melakukan R&D, kita telah mengubah suai dron itu supaya boleh membawa 10 liter racun dengan kawalan bateri yang sesuai,” katanya.

Selain itu katanya, mereka perlu belajar mengawal ketinggian dron dan masa yang sesuai untuk menyembur racun supaya usaha menghapuskan penyakit pada padi dan serangan serangga seperti ulat batang, berkesan.

**media[606616]**

Afiq adalah antara ‘pilot’ terawal yang menerbangkan dron untuk penanaman padi, dan telah mengendalikan pelbagai jenis dron termasuk DJI Agras MG1, model dron pertama digunakan di sawah padi yang memerlukan dua pengendali.

Selain itu, Ikmal dan Afiq juga berdaftar dengan Kelab Belia Wawasan di bawah koperasi dan diakui oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk melayakkan mereka mendapat latihan dan bekerja sebagai ‘pilot’ di koperasi itu.

Waktu kerja mereka setiap hari adalah dari jam 6.30 pagi hingga 11 pagi dan 5 petang hingga tengah malam kerana ia merupakan waktu aktif serangga perosak.

“Kita pernah juga kerja sampai 1 pagi untuk menyembur racun iaitu waktu yang serangga boleh dikatakan aktif. Kita boleh tolong pesawah dan bekerja sampai lewat malam, tapi kita juga perlu minta tolong dengan pesawah supaya mengalihkan kayu atau dahan tinggi yang ada di tengah sawah untuk memudahkan perjalanan dron,” kata Afiq.

Mengulas aspek pendapatan, Ikmal dan Afiq amat berpuas hati dengan gaji yang diterima ditambah pula dengan waktu bekerja yang fleksibel.

“Ramai yang tanya, kenapa saya kerja di sawah memandangkan saya ada diploma. Saya berasa sangat puas hati dapat menjadikan minat sebagai kerjaya dalam masa yang sama mendapat gaji yang sesuai,” kata Ikmal yang telah membawa dron sejak akhir tahun lepas.

Mereka juga berharap bilangan dron dapat ditingkatkan bagi menarik lebih ramai belia untuk bekerja di sawah yang kini amat memerlukan tenaga darah muda.

“Kita tidak mempunyai dron yang cukup sekarang tetapi ramai telah meminta untuk bekerja di sawah dengan harapan untuk menerbangkan dron,” kata Afiq. – Bernama

Pak Non perjuang seni wau tradisional

in Warna-warni Kehidupan by
Pak Non perjuang seni wau tradisional

Pak Non aktif menghasilkan wau sejak tahun 1972 lagi.

KANGAR – Minat mendalam terhadap wau sejak dari zaman kanak-kanak memberi semangat kepada Samad Man untuk terus mengangkat seni membuat wau tradisional walaupun telah berusia 73 tahun.

Samad yang lebih mesra dengan panggilan Pak Non bukan satu nama asing dalam pembuatan wau negara, malah beliau telah mendapat pengiktirafan sebagai Adiguru Kraf Wau oleh Kraftangan Malaysia pada tahun 2018.

Anak kelahiran Kampung Tok Kaya, Kuala Perlis itu berkata, beliau mempelajari ilmu membuat wau daripada seorang tokoh pembuat wau di Kelantan, Yusof Omar kira-kira 40 tahun lalu di Pengkalan Chepa, Kelantan.

“Wau telah sebati dalam hidup saya sejak dari usia kanak-kanak, selagi masih sihat dan mata masih ‘cerah’ Pak Non akan terus buat wau kerana ia bukan hanya memberi kepuasan peribadi sebaliknya Pak Non anggapnya sebagai satu tanggungjawab yang harus terus dipertahankan,” katanya.

Samad berkata, kualiti wau terletak pada jenis buluh yang digunakan dan beliau lebih gemar menggunakan Buluh Duri kerana ia tahan lama dan lebih anjal.

“Kalau di Kelantan, pembuat wau di sana lebih gemar menggunakan Buluh Betung tapi Pak Non lebih suka guna Buluh Duri kerana ia lebih mudah diperoleh di sini (Perlis),” katanya.

Bapa kepada lima orang anak dan mempunyai 10 orang cucu itu berkata, beliau mengambil masa dua minggu hingga sebulan untuk menyiapkan satu wau dan ia bergantung kepada jenis, saiz dan ukiran hiasan pada wau yang ditempah.

“Kalau buat wau biasa Pak Non boleh siapkan dalam masa satu hari tetapi mengambil masa yang agak lama untuk hasilkan wau yang mempunyai ukiran,” katanya.

Samad berkata, terdapat tiga jenis wau yang popular di negara ini iaitu Wau bulan, Wau Kucing dan Wau Jala Budi yang juga dikenali sebagai Wau Malaysia.

Katanya, jenis wau berbeza setiap negeri dengan Wau Puyuh di Kelantan, Wau Kapal di Selangor dan Wau Lang di Perlis.

“Wau Lang direka berdasarkan keunikan burung helang dan ia merupakan wau tradisional yang menjadi lambang kemegahan rakyat Perlis,” katanya.

Beliau berkata, wau semakin diminati oleh rakyat negeri Perlis berikutan pertandingan wau yang sering diadakan di negeri ini ketika musim angin timur iaitu dari bulan Disember hingga Mac.

Samad mula aktif menghasilkan wau sejak 1972 dan hasil karya beliau pernah mendapat tempat di Istana Arau, Perlis dan menjadi simbol kepada sebuah syarikat penerbangan negara.

Hasil kerja tangan beliau juga pernah dipamer di luar negara antaranya di World Sport Cultural And Festival di Busan, Korea Selatan pada 2008 dan World Expo di Shanghai, China pada tahun 2010.-Bernama

Sanggup membelanjakan RM150,000 demi burung kakak tua

Samsu sanggup membelanjakan RM150,000 bagi memiliki seekor burung kakak tua disebabkan minat terlalu mendalam terhadap burung tersebut.Tengku Nursyuhada bersama burung kakaktua miliknya.Samsu bersama burung kakak tua miliknya.

KUANTAN – Minat terhadap burung kakak tua mendorong pemiliknya membelanjakan ribuan ringgit untuk memiliki haiwan berkenaan.

Program Pameran Burung Kakak Tua di Mini Zoo Taman Teruntum menemukan ramai peminat burung itu yang tidak melepaskan peluang berkongsi idea penjagaan burung berkenaan.

Seorang peminat, Datuk Samsu Anuar Nawi, 51, berkata, pelaburan RM150,000 bagi memiliki burung jenis itu langsung tidak dianggap merugikan sebaliknya berbangga kerana sudah memiliki tiga burung kakak tua spesies Parrot Kelabu Afrika dan Sun Parakeet berusia antara lima bulan hingga setahun.

Sifat manja burung itu yang jinak dan kebolehan bercakap menjadi pendorong Samsu memelihara haiwan berkenaan.

“Saya membeli burung kakak tua yang dibekalkan oleh seorang rakan yang sudah lama terlibat dengan aktiviti membiak burung ini,” katanya ketika ditemui pada pameran tersebut.

Samsu mengakui terhibur dan tenang kerana haiwan itu petah bercakap selain mudah dijaga dan mempunyai jangka hayat yang panjang.

“Penat bekerja seharian akan hilang apabila saya dapat bercakap dengan burung ini. Biasanya saya akan meluangkan antara 15 hingga 30 minit bermain dengan haiwan ini,” katanya.

**media[602976]**

Menurut Samsu, burung kakak tua perlu sentiasa dibelai bagi memastikannya sentiasa manja dan mesra dengan pemilik termasuk ahli keluarga.

“Burung ini juga tidak mudah dijangkiti penyakit kerana memiliki ketahanan daya melawan penyakit yang tinggi,” katanya.

Sementara itu, Tengku Nursyuhada Tengku Badarishah, 32, mempunyai empat burung kakak tua jenis Eclectus dan Sun Parakeet yang dibela sejak setahun lalu.

Katanya, burung terbabit dibeli pada harga lebih RM3,000 bagi setiap seekor dan dia juga beruntung kerana suami turut memiliki hobi yang sama

“Burung ini istimewa kerana akan kembali kepada pemilik setiap dilepaskan,” katanya.

Tengku Nursyuhada berkata, kelebihan lain yang terdapat pada burung kakak tua ialah warna bulunya yang terang dan menarik.

“Sebagai contoh spesies Sun Parakeet memiliki bulu berwarna kuning, merah, hijau dan oren. Warna itu membuatkan kami berdua sanggup berhabis ribuan ringgit.

“Setiap hari kami akan mengajar burung menyebut beberapa perkataan yang mudah seperti selamat pagi, tidur, makan, apa khabar dan memberi salam.

“Saya terhibur setiap kali melihat burung peliharaan yang aktif dan sihat, hati saya tenang dan gembira melihat gelagatnya,” katanya.

**media[602978]**

Sanggup membelanjakan RM150,000 demi burung kakak tua

in Warna-warni Kehidupan by
Tengku Nursyuhada bersama burung kakaktua miliknya.
Samsu sanggup membelanjakan RM150,000 bagi memiliki seekor burung kakak tua disebabkan minat terlalu mendalam terhadap burung tersebut.
Samsu bersama burung kakak tua miliknya.

KUANTAN – Minat terhadap burung kakak tua mendorong pemiliknya membelanjakan ribuan ringgit untuk memiliki haiwan berkenaan.

Program Pameran Burung Kakak Tua di Mini Zoo Taman Teruntum menemukan ramai peminat burung itu yang tidak melepaskan peluang berkongsi idea penjagaan burung berkenaan.

Seorang peminat, Datuk Samsu Anuar Nawi, 51, berkata, pelaburan RM150,000 bagi memiliki burung jenis itu langsung tidak dianggap merugikan sebaliknya berbangga kerana sudah memiliki tiga burung kakak tua spesies Parrot Kelabu Afrika dan Sun Parakeet berusia antara lima bulan hingga setahun.

Sifat manja burung itu yang jinak dan kebolehan bercakap menjadi pendorong Samsu memelihara haiwan berkenaan.

“Saya membeli burung kakak tua yang dibekalkan oleh seorang rakan yang sudah lama terlibat dengan aktiviti membiak burung ini,” katanya ketika ditemui pada pameran tersebut.

Samsu mengakui terhibur dan tenang kerana haiwan itu petah bercakap selain mudah dijaga dan mempunyai jangka hayat yang panjang.

“Penat bekerja seharian akan hilang apabila saya dapat bercakap dengan burung ini. Biasanya saya akan meluangkan antara 15 hingga 30 minit bermain dengan haiwan ini,” katanya.

**media[602976]**

Menurut Samsu, burung kakak tua perlu sentiasa dibelai bagi memastikannya sentiasa manja dan mesra dengan pemilik termasuk ahli keluarga.

“Burung ini juga tidak mudah dijangkiti penyakit kerana memiliki ketahanan daya melawan penyakit yang tinggi,” katanya.

Sementara itu, Tengku Nursyuhada Tengku Badarishah, 32, mempunyai empat burung kakak tua jenis Eclectus dan Sun Parakeet yang dibela sejak setahun lalu.

Katanya, burung terbabit dibeli pada harga lebih RM3,000 bagi setiap seekor dan dia juga beruntung kerana suami turut memiliki hobi yang sama

“Burung ini istimewa kerana akan kembali kepada pemilik setiap dilepaskan,” katanya.

Tengku Nursyuhada berkata, kelebihan lain yang terdapat pada burung kakak tua ialah warna bulunya yang terang dan menarik.

“Sebagai contoh spesies Sun Parakeet memiliki bulu berwarna kuning, merah, hijau dan oren. Warna itu membuatkan kami berdua sanggup berhabis ribuan ringgit.

“Setiap hari kami akan mengajar burung menyebut beberapa perkataan yang mudah seperti selamat pagi, tidur, makan, apa khabar dan memberi salam.

“Saya terhibur setiap kali melihat burung peliharaan yang aktif dan sihat, hati saya tenang dan gembira melihat gelagatnya,” katanya.

**media[602978]**

Popo Lim Seng suka berhias

in Warna-warni Kehidupan by
Popo Lim Seng suka berhias

Lim Seng sibuk membuat persiapan sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut pada Sabtu ini.Walaupun sudah berusia, Lim Seng masih kuat untuk melakukan pelbagai aktiviti terutama menjahit pakaian.Lim Seng menunjukkan gambarnya ketika remaja di kediamannya di Kampung Cina, Kuala Terengganu semalam.Lim Seng (kanan) membantu menantunya memasang tanglung untuk persiapan menjelang Tahun Baru Cina di kediaman mereka di Kampung Cina, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Berusia hampir satu abad, warga emas ini bukan sahaja mampu menguruskan dirinya sendiri, malah masih kuat melakukan pelbagai aktiviti seperti menjahit dan memasak.

Bukan itu sahaja, Lim Seng, 99, atau mesra disapa popo (bahasa Mandarin bermaksud nenek) turut ligat bermain mahjong yang sememangnya memerlukan ketajaman akal fikiran dan daya ingatan yang kuat.

Menurut Lim Seng, beliau sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat dengan makan banyak sayur-sayuran untuk sentiasa awet muda dan mengurangkan pengambilan makanan yang berminyak.

“Dahulu saya buka kedai makan dan memang setiap hari kena kerja kuat, jadi badan banyak bergerak dan mengeluarkan peluh. Mungkin sebab itu boleh sihat sampai sekarang,” katanya kepada Bernama di kedai makan miliknya yang kini diuruskan oleh anaknya, Poh Tik Heng, 70, dan menantu, Fu Sek Sue, 63, di Kampung Cina di sini semalam.

**media[600055]**

Walaupun kini mengalami masalah penglihatan pada mata kanannya, Lim Seng masih mampu berjalan di sekitar Kampung Cina dan bertemu rakan-rakan.

Mudah tersenyum dan ketawa, Lim Seng turut dikenali dengan sikapnya yang menjaga penampilan setiap hari walaupun hanya berada di rumah.

Beliau akan memastikan pakaian yang dipakainya sentiasa kemas, sering mengenakan bedak di muka, memakai minyak wangi dan rambutnya akan disisir serta disanggul rapi.

“Saya tinggal di tingkat atas (tingkat atas kedai makannya), setiap kali hendak turun atau keluar akan ambil masa paling kurang setengah jam untuk bersiap sehingga anak saya pun ‘pening’ dengan saya.

“Mereka cakap saya ‘jangok’ (melawa),” katanya sambil ketawa.

Lim Seng berkata, meskipun sudah berusia namun itu bukan alasan untuk dirinya mengabaikan penjagaan diri dan penampilan, apatah lagi beliau sememangnya suka berhias sejak muda lagi.

**media[600056]**

Beliau yang berhijrah ke Terengganu dan tinggal di Kampung Cina sejak 70 tahun lalu kerana mengikut mendiang suami, Poh Chew Say yang bekerja membawa kapal laut turut berkongsi rasa terujanya menantikan kedatangan Tahun Baru Cina pada Sabtu ini.

Menurutnya, walaupun kebanyakan persiapan Tahun Baru Cina dibuat oleh anak dan cucunya, namun setiap tahun beliau akan menyediakan menu ayam kam heong untuk dinikmati keluarganya pada acara tradisi makan besar nanti.

“Apabila berkumpul, saya selalu beri nasihat kepada ahli keluarga supaya sentiasa hidup dengan baik, jangan bergaduh dan tidak sesekali mengeluarkan kata-kata yang tidak elok kepada sesiapa sahaja,” katanya yang mempunyai tiga orang anak, 11 cucu dan enam cicit.

Sementara itu, ditanya harapannya sempena Tahun Baru Cina pada tahun ini, Lim Seng berharap akan terus dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa bergembira bersama keluarganya. – Bernama

**media[600058]**

Popo Lim Seng suka berhias

in Warna-warni Kehidupan by
Walaupun sudah berusia, Lim Seng masih kuat untuk melakukan pelbagai aktiviti terutama menjahit pakaian.
Lim Seng menunjukkan gambarnya ketika remaja di kediamannya di Kampung Cina, Kuala Terengganu semalam.
Lim Seng sibuk membuat persiapan sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut pada Sabtu ini.
Lim Seng (kanan) membantu menantunya memasang tanglung untuk persiapan menjelang Tahun Baru Cina di kediaman mereka di Kampung Cina, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Berusia hampir satu abad, warga emas ini bukan sahaja mampu menguruskan dirinya sendiri, malah masih kuat melakukan pelbagai aktiviti seperti menjahit dan memasak.

Bukan itu sahaja, Lim Seng, 99, atau mesra disapa popo (bahasa Mandarin bermaksud nenek) turut ligat bermain mahjong yang sememangnya memerlukan ketajaman akal fikiran dan daya ingatan yang kuat.

Menurut Lim Seng, beliau sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat dengan makan banyak sayur-sayuran untuk sentiasa awet muda dan mengurangkan pengambilan makanan yang berminyak.

“Dahulu saya buka kedai makan dan memang setiap hari kena kerja kuat, jadi badan banyak bergerak dan mengeluarkan peluh. Mungkin sebab itu boleh sihat sampai sekarang,” katanya kepada Bernama di kedai makan miliknya yang kini diuruskan oleh anaknya, Poh Tik Heng, 70, dan menantu, Fu Sek Sue, 63, di Kampung Cina di sini semalam.

**media[600055]**

Walaupun kini mengalami masalah penglihatan pada mata kanannya, Lim Seng masih mampu berjalan di sekitar Kampung Cina dan bertemu rakan-rakan.

Mudah tersenyum dan ketawa, Lim Seng turut dikenali dengan sikapnya yang menjaga penampilan setiap hari walaupun hanya berada di rumah.

Beliau akan memastikan pakaian yang dipakainya sentiasa kemas, sering mengenakan bedak di muka, memakai minyak wangi dan rambutnya akan disisir serta disanggul rapi.

“Saya tinggal di tingkat atas (tingkat atas kedai makannya), setiap kali hendak turun atau keluar akan ambil masa paling kurang setengah jam untuk bersiap sehingga anak saya pun ‘pening’ dengan saya.

“Mereka cakap saya ‘jangok’ (melawa),” katanya sambil ketawa.

Lim Seng berkata, meskipun sudah berusia namun itu bukan alasan untuk dirinya mengabaikan penjagaan diri dan penampilan, apatah lagi beliau sememangnya suka berhias sejak muda lagi.

**media[600056]**

Beliau yang berhijrah ke Terengganu dan tinggal di Kampung Cina sejak 70 tahun lalu kerana mengikut mendiang suami, Poh Chew Say yang bekerja membawa kapal laut turut berkongsi rasa terujanya menantikan kedatangan Tahun Baru Cina pada Sabtu ini.

Menurutnya, walaupun kebanyakan persiapan Tahun Baru Cina dibuat oleh anak dan cucunya, namun setiap tahun beliau akan menyediakan menu ayam kam heong untuk dinikmati keluarganya pada acara tradisi makan besar nanti.

“Apabila berkumpul, saya selalu beri nasihat kepada ahli keluarga supaya sentiasa hidup dengan baik, jangan bergaduh dan tidak sesekali mengeluarkan kata-kata yang tidak elok kepada sesiapa sahaja,” katanya yang mempunyai tiga orang anak, 11 cucu dan enam cicit.

Sementara itu, ditanya harapannya sempena Tahun Baru Cina pada tahun ini, Lim Seng berharap akan terus dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa bergembira bersama keluarganya. – Bernama

**media[600058]**

Dulu lorong sepi tapi kini…

in Warna-warni Kehidupan by
Dulu lorong sepi tapi kini…

Dinding dilukis dan diwarnakan mengikut tema yang telah ditetapkan iaitu bertemakan warisan dengan melakar kembali wajah-wajah individu yang banyak mencipta nama serta mengharumkan nama negeri.Pengunjung sudah mula memasuki ruang lorong meskipun belum siap sepenuhnya.Ahli Persatuan Pelukis Perlis mewarnakan lukisan di jalanan.YaakobDulu suram, kini meriah!

KANGAR – Dalam usaha mengubah persepsi terhadap keadaan sesuatu lorong yang biasa dianggap gelap, sunyi serta bahaya hingga boleh mendatangkan ketakutan, seramai 15 orang pelukis di Perlis tampil dengan idea hebat.

Pelukis-pelukis dari Persatuan Pelukis Negeri Perlis itu mengambil inisiatif untuk menghasilkan Kangar Street Art 2.0 dengan melibatkan lorong belakang pejabat CIMB Bank Kangar.

Pengerusinya, Yaakob Abd Aziz, 59 berkata, beliau bersama 15 pelukis lain berganding bahu menghasilkan lukisan yang mendapat tajaan daripada kerajaan negeri itu dan dijangka siap pada 25 Januari depan.

“Kerja-kerja melukis telah dimulakan sejak 10 Disember lalu dengan gerak kerja melukis hanya dilakukan pada waktu malam.

**media[594246]**

“Ini kerana ramai pelukis adalah terdiri daripada guru yang perlu menumpukan kepada kerja hakiki mereka pada siang hari. Mereka hanya boleh meluangkan masa untuk melukis pada waktu malam,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di di Kangar Street Art 2.0.

Menurut Yaakob, perubahan drastik dapat dilihat kerana daripada lorong yang suram dan sepi kini sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis lukisan serta cahaya lampu yang cantik sekali gus lorong belakang bangunan sepanjang kira-kira 100 meter itu berubah wajah dengan kehadiran mural tersebut pada kiri dan kanan dinding.

**media[594247]**

“Dinding lorong berkenaan dilukis dan diwarnakan mengikut tema yang telah ditetapkan bertemakan warisan dengan melakar kembali wajah-wajah individu yang banyak mencipta nama serta mengharumkan nama negeri,” katanya.

Tambah Yaakob, semua mural itu dipersembahkan dengan kreativiti tersendiri untuk menampilkan tarikan serta keunikan yang sinonim dengan identiti Perlis.

“Antara paparan mural yang dihasilkan adalah Awang Batil iaitu seni penglipur lara Perlis.

**media[594244]**

“Tidak ketinggalan paparan mengenai kehidupan petani di Perlis pada zaman dahulu dengan sawah padi terbentang serta pelbagai lagi keunikan Perlis seperti Gua Kelam, tetapi rata-ratanya bertepatan dengan tema warisan. Wajah Allahyarham pelawak Pak Yus Jambu dengan teh ais ikat tepi yang menjadi siulan arwah juga ada dilukis,” katanya.

“Saya yakin, kewujudan lukisan di bangunan ini akan menjadi tarikan baharu sama ada bagi masyarakat Perlis sendiri dan juga pelancong luar,” katanya.

Ditanya soal bayaran, Yaakob berkata pihaknya belum memutuskan kadar bayaran dan mungkin tiada bayaran dikenakan kepada pengunjung.

“Kita mungkin benarkan pengunjung mengambil gambar swafoto secara percuma sambil mereka menghayati maksud pada lukisan di dinding itu,” katanya.

**media[594248]**

Dulu lorong sepi tapi kini…

in Warna-warni Kehidupan by
Ahli Persatuan Pelukis Perlis mewarnakan lukisan di jalanan.
Dinding dilukis dan diwarnakan mengikut tema yang telah ditetapkan iaitu bertemakan warisan dengan melakar kembali wajah-wajah individu yang banyak mencipta nama serta mengharumkan nama negeri.
Pengunjung sudah mula memasuki ruang lorong meskipun belum siap sepenuhnya.
Yaakob
Dulu suram, kini meriah!

Kembali UTAMA