
40 Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum
Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum ini disediakan sebagai rujukan dan panduan kepada pentadbir serta guru di sekolah rendah, sekolah menengah, Kolej Vokasional dan Kolej Tingkatan Enam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM.
Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan:
- Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (rujukan
- Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 5 Tahun 2020 bertarikh 4 Jun 2020);
- Standard Operating Procedure (SOP) Pembukaan Sektor Sukan dan Rekreasi yang dikeluarkan oleh
- Kementerian Belia dan Sukan (KBS); dan
- Surat pekeliling ikhtisas, surat siaran dan arahan serta peraturan berkaitan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.
- Garis panduan ini juga merangkumi pelaksanaan aktiviti sukan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Peranan dan Tanggungjawab
Pentadbir Sekolah
1. Memaklumkan kepada guru/jurulatih bahawa aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka termasuk amali di luar bilik darjah dalam mata pelajaran
2. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) serta Sains Sukan adalah dibenarkan dengan mengambil kira penjarakan fizikal, kebersihan dan keselamatan;
3. Mengadakan sesi taklimat prosedur pelaksanaan aktiviti kepada guru/jurulatih serta warga sekolah;
4. Memberikan penerangan dan kefahaman berterusan kepada murid dan guru/jurulatih mengenai kepentingan amalan penjarakan fizikal, kebersihan serta keselamatan diri bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19;
5. Menyebarluaskan prosedur dan panduan pelaksanaan aktiviti supaya mudah dirujuk oleh guru serta murid;
6. Memaklumkan jadual terkini aktiviti kepada ibu bapa/penjaga;
7. Memastikan murid yang bergejala tidak dibenarkan menyertai aktiviti;
8. Memastikan murid mempunyai imuniti badan yang rendah mendapat kebenaran daripada ibu bapa/penjaga sebelum menyertai aktiviti;
9. Memastikan aktiviti yang dijalankan oleh guru mematuhi prosedur yang telah ditetapkan;
10. Memastikan penganjuran pertandingan/kejohanan dilaksanakan berdasarkan SOP yang sedang berkuatkuasa dengan mengambil kira penjarakan fizikal, kebersihan dan keselamatan; dan
11. Memberi penekanan kepada aspek kebersihan sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan.
Guru Penasihat Sukan dan Kokurikulum
12.Merancang aktiviti mengikut kesesuaian tempat/ruang dalam kawasan sekolah dengan mengambil kira penjarakan fizikal;
13. Melaksanakan aktiviti yang bersesuaian dengan kemudahan peralatan dan mengikut ketetapan sekolah;
14. Melaksanakan aktiviti secara bersemuka atau secara dalam talian; dan
15. Memastikan pelaksanaan aktiviti mematuhi garis panduan sedia ada.
Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum
Sebelum
16. Kehadiran guru/jurulatih dan murid berdasarkan kepada jadual dan penggiliran aktiviti sukan dan kokurikulum.
17. Pelan susun atur disediakan dengan mengoptimumkan penggunaan padang, gelanggang,dan ruang lain yang bersesuaian.
18. Peralatan berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk digunakan.
19. Murid digalakkan mengguna peralatan sendiri seperti raket badminton, tali ikatan dan alat muzik.
20. Bilik mandi/persalinan/tandas berada dalam keadaan bersih.
21. Bilangan murid yang menggunakan bilik mandi/persalinan/tandas dihadkan mengikut kapasiti bilik.
Semasa
22. Penjarakan fizikal dan prosedur sedia ada perlu dipatuhi bagi aktiviti berikut:
23. Satu (1) hingga tiga (3) meter bagi aktiviti statik seperti aktiviti regangan dan memanaskan badan; dan
24. Tiga (3) hingga lima (5) meter bagi aktiviti dinamik seperti latihan sukan, kawad kaki dan tarian.
25. Maklumat disampaikan secara lisan tanpa melibatkan sentuhan fizikal. Sekiranya penjarakan fizikal tidak dapat dilaksanakan atau sentuhan tidak dapat dielakkan, pemakaian pelitup separuh muka (face mask) dan mencuci tangan dengan sabun dan air/pensanitasi tangan (hand sanitizer) perlu diamalkan.
26. Murid hendaklah membawa air minuman, makanan, pakaian, tuala muka dan peralatan peribadi sendiri serta tidak dibenarkan berkongsi dengan murid lain.
Selepas
28. Peralatan dibersihkan/disanitasi dan disimpan dengan baik selepas digunakan.
29. Ruang/tempat yang digunakan dibersihkan selepas aktiviti dijalankan.
30. Murid tidak dibenarkan bersentuhan dan bersalaman selepas tamat aktiviti.
31. Murid dan guru/jurulatih perlu mencuci tangan dengan air dan sabun/pensanitasi tangan (hand sanitizer) selepas tamat aktiviti.
32. Murid dan guru/jurulatih perlu meninggalkan kawasan aktiviti/sekolah dengan kadar segera selepas tamat aktiviti.
33. Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum dengan Pelibatan
Agensi Luar
Agensi luar perlu mengambil tindakan seperti berikut:
34. Mendapatkan kebenaran KPM untuk melaksanakan aktiviti di sekolah;
35. Mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh KPM;
36. Memastikan jurulatih/pengajar bukan guru/peserta dari luar merekod kehadiran dan mengimbas suhu badan di pintu masuk utama sekolah serta memakai pelitup separuh muka (face mask) sebelum dan selepas aktiviti. Pemakaian pelitup separuh muka (face mask) semasa aktiviti tidak digalakkan;
37. Mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga sekiranya aktiviti/latihan yang melibatkan murid dilaksanakan di luar sekolah;
38. Memastikan murid dan guru/jurulatih/pengajar bukan guru serta peserta dari luar mencuci tangan dengan air dan sabun/pensanitasi tangan (hand sanitizer) selepas tamat aktiviti;
39. Memastikan peralatan yang digunakan secara berkongsi dibersihkan, disanitasi dan disimpan dengan baik; dan
40. Memastikan murid dan guru/jurulatih/pengajar bukan guru serta peserta dari luar meninggalkan kawasan sekolah dengan segera selepas tamat aktiviti.