PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

September 2020

Tak perlu wakil Cina dalam Kabinet Sabah: Ahmad Shabery

in PRN Sabah by

Tangkap layar Facebook Ahmad Shabery Cheek

SHAH ALAM – Masyarakat Cina di Sabah tidak perlu meminta kuota meletakkan pemimpin mereka sebagai wakil dalam Kabinet kerajaan negeri berdasarkan atas prinsip meritokrasi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, parti DAP yang menang enam dari tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di semua kawasan majoriti pengundi kaum Cina.

“DAP dikatakan pemenang terbesar PRN Sabah. Menang enam dari tujuh kerusi yang ditandingi. Difahamkan semua kawasan majoriti pengundi kaum Cina.

“Malangnya parti yang menaungnya, Parti Warisan Sabah (Warisan) Plus kalah keseluruhan. Mungkin tidak ada wakil kaum Cina dalam Kabinet kerajaan negeri.

“Atas prinsip meritokrasi, kalau kalah, tak perlu mintak apa-apa kuota. Bolehkah begitu?” tanya Ahmad Shabery.

Semalam Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor berkata, ketiadaan wakil masyarakat Cina dalam Kabinet baharu negeri Sabah akan dibincangkan dalam kalangan pemimpin Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Menurutnya, isu itu adalah antara pertimbangan yang akan diambil kira dalam pelantikan lima lagi jawatan menteri, selain jawatan pembantu menteri bagi melengkapkan barisan Kabinet negeri.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan pimpinannya akan mewujudkan semula Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik untuk membolehkan masyarakat Cina dan minoriti dibawa masuk dalam Kabinet beliau.

Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merangkumi kerjasama PN, BN dan PBS tidak memiliki ADUN mewakili masyarakat Cina selepas semua calonnya kalah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu.

Pada PRN itu, GRS meletakkan calon BN daripada MCA, calon PN daripada Parti Maju Sabah (SAPP) dan calon Cina daripada PBS di kerusi majoriti Cina, namun semuanya kalah di tangan Warisan dan rakan sekutunya.

Antara kerusi majoriti Cina itu ialah Api-Api yang ditandingi calon PBS, Datuk Dr Yee Moh Chai; calon MCA, Lu Yen Tung (Kapayan) dan Dr Chang Kee Ying (Likas) selain calon SAPP di Luyang dan Tanjung Papat.

Semua kerusi majoriti Cina dipertandingkan dalam PRN Sabah kali ini disapu bersih Warisan Plus dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Madius tekad beri khidmat terbaik

in PRN Sabah by
Madius tekad beri khidmat terbaik

Wilfred Madius Tangau

KOTA KINABALU – Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau bertekad akan terus menumpukan perhatian untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat khususnya di kawasan Parlimen Tuaran.

Beliau berkata, pihaknya mahu agar rakyat di negeri ini mengekalkan perpaduan yang sedia terjalin antara masyarakat setempat.

“Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah telah pun berakhir, saya menghormati dan menerima keputusan PRN dengan baik. Saya mohon agar kita teruskan perjuangan dan perpaduan. Tentunya ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku.

“Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah bermuhasabah dan memperbaiki segala kelemahan serta terus memberikan yang terbaik untuk rakyat,” katanya di sini hari ini.

Madius berkata, beliau akan terus memberi komitmen dalam menjalankan tugas dan kewajipan sebagai Ahli Parlimen Tuaran.

“Saya akan tetap meneruskan perjuangan dalam mempertahankan hak-hak orang Sabah. Saya berjanji akan menjadi pembangkang yang baik untuk rakyat bagi menyuarakan setiap permasalahan yang dihadapi,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Madius turut menzahirkan penghargaan kepada pucuk pimpinan, jentera Pilihan Raya Negeri dan individu yang telah memberikan kepercayaan yang tinggi kepada beliau.

“Saya dengan penuh rendah hati ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pucuk pimpinan parti-parti gabungan Warisan Plus dan semua yang telah bekerja keras dalam membantu saya sepanjang pilihan raya negeri diadakan.

“Sesungguhnya setiap individu dan ahli jentera telah melakukan yang terbaik namun kemenangan tidak menyebelahi kita. Segala pengorbanan dan komitmen anda saya hargai,” katanya.

Madius turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Kiulu yang telah turun memberikan sokongan undi kepada beliau.

1 2 3 349
Kembali UTAMA