Orang muda: Kenapa perlu parti baharu?

in Wacana by

SETELAH menolak untuk menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman mengesahkan akan menubuhkan sebuah parti anak muda berbilang kaum.

Persoalannya, mampukah pengaruh Syed Saddiq menarik anak muda untuk menyertai partinya?

Apakah parti untuk generasi baharu benar-benar diperlukan atau sekadar menjadi kuda tunggangan pengasas bagi mencapai matlamat peribadi?

Sinar Harian mengumpulkan tiga pemimpin muda untuk berdiskusi dan memberi naratif tentangnya dalam Wacana Siri 189, jam 8.30, 1 September 2020 (Selasa) di semua platform media sosial kami.