LZS nafi mesej tular di media sosial

in Viral by

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menafikan mesej yang sedang tular di media sosial berkenaan ‘Permohonan Pinjaman Walaupun Mendapat Bantuan Kewangan Bulanan’.

Lembaga Zakat Selangor(LZS) menerusi kenyataan di laman sesawang rasminya memaklumkan pihaknya tidak pernah menyediakan bantuan berupa pinjaman kepada mana-mana individu di Selangor.

“LZS menafikan mesej yang tular di Facebook. Pengagihan zakat yang diuruskan oleh LZS berdasarkan kepada hukum syarak meliputi lapan asnaf seperti yang dijelaskan dalam surah At-Taubah,” katanya.

Katanya, orang ramai yang ingin mendapatkan bantuan zakat boleh berurusan dengan Penolong Amil Kariah (PAK) yang dilantik di kariah masing-masing atau hadir ke cawangan LZS yang berhampiran.

“Sehubungan itu, LZS menyeru kepada masyarakat supaya berhati-hati dengan penipuan yang melibatkan LZS,” katanya.

Terdahulu, tular status yang dimuat naik seorang individu memaparkan mengenai ‘Permohonan Pinjaman Walaupun Mendapat Bantuan Kewangan Bulanan’ di sebuah grup Facebook semalam.