Pembantu positif Covid-19, Trump jalani kuarantin

in Global by

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan beliau akan menjalani kuarantin selepas salah seorang pembantunya diuji positif koronavirus (Covid-19).

Menurut Trump menerusi Twitter, pembantunya, Hope Hicks telah bekerja keras tanpa mengambil cuti rehat yang pendek tetapi disahkan positif pandemik itu.

“Dahsyat!” kata Presiden AS itu menerusi Twitternya.

“Wanita pertama (Melania) dan saya menunggu sedang menunggu keputusan ujian. Pada masa yang sama, kami akan memulakan proses kuarantin,” katanya.

Trump tidak memberitahu berapa lama beliau mengkuarantinkan diri sendiri walaupun pakar-pakar kesihatan mencadangkan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Sebelum ini, media AS melaporkan Hicks telah diuji positif pandemik itu.

Beliau pernah terbang bersama Trump menaiki pesawat Air Force One pada Selasa lalu dan berlepas ke Cleveland untuk menghadiri debat Presiden AS.

Dalam debat itu, Trump berdepan dengan pencabarnya, Joe Biden daripada parti Demokrat.

Pandemik itu telah menyebabkan lebih 200,000 orang meninggal dunia di AS dan beliau jarang memakai pelitup muka di khalayak ramai. – AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Penganjur janji debat Presiden AS tidak kelam-kabut lagi

Biden ucap Insya-ALLAH ketika sesi debat dengan Trump