Dr Dzulkefly negatif Covid-19

in Khas by

KUALA SELANGOR – Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan negatif Covid-19 selepas menjalani ujian kali kedua.

Dr Dzulkefly berkata, sebelum ini beliau turut menjalani ujian sama dan turut disahkan negatif Covid-19.

“Jutaan terima kasih di atas doa ibu, keluarga dan sahabat semua,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya yang dikongsi dalam status di Facebook beliau hari ini.

Dalam ciapan sama, Dr Dzulkefly turut mendoakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif Covid-19 segera sembuh.

“Memanjat doa munajat untuk sahabatku (Zulkifli) diberi ‘syifa’ (penyembuhan) dan dijauhkan ALLAH dari segala komplikasi.

“(Orang ramai diingatkan) meneruskan amalan prosedur operasi standard (SOP) secara tegas dan konsisten,” katanya.