18 kontak rapat Trump positif Covid-19

in Khas by

WASHINGTON – Sekurang-kurangnya 18 orang yang mengiringi atau pernah berada pada majlis yang dihadiri Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump disahkan positif koronavirus (Covid-19).

ABC News melaporkan 12 orang daripadanya menghadiri majlis di Rose Garden, Rumah Putih ketika Trump mengumumkan pencalonan Amy Coney Barrett sebagai Hakim Mahkamah Agung.

Media AS melaporkan bahawa Setiausaha Media kepada Trump, Kayleigh McEnany menjadi individu terbaharu yang disahkan positif Covid-19.

Individu lain yang dijangkiti adalah pembantu kanan presiden, Hope Hicks; pengurus kempen, Bill Stepien dan dua pembantu kepada McEnany.

Pada 1 Oktober lalu, Trump dan isteri, Melania disahkan positif sebelum dimasukkan ke wad untuk rawatan kecemasan pada hari berikutnya. – AFP

ARTIKEL BERKAITAN:

POTUS dijangkiti Covid-19

Trump masih belum serik